• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Ulasan Keputusan: IHH Healthcare, $IHH [28 Feb 2025]

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Keuntungan Bersih IHH Healthcare Melonjak Kepada RM612.20 Juta Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Dikekang Oleh Kenaikan Kos Kewangan

  • Saranan BELI
  • Harga sasar (TP) mencecah paras lebih rendah MYR8.70 (SOP) daripada MYR9.10,
  • Potensi kenaikan harga saham 19%

  • Profil Syarikat


IHH Healthcare menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Syarikat ini mengendalikan hospital serta pusat perubatan, klinik, perniagaan penjagaan kesihatan sampingan merentasi beberapa negara.

Gambaran menyeluruh keputusan

Hasil daripada bahagian hospital dan penjagaan kesihatan (H&H) meningkat 13% YoY kepada RM5.9bn, dipacu oleh permintaan berterusan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan bermutu (dengan hospital di keempat-empat negara melaporkan pertumbuhan hasil YoY), komposisi kes pesakit yang lebih baik dengan lebih ramai pesakit menghidap penyakit akut, dan penyelarasan harga yang tepat pada masanya untuk melawan inflasi.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Secara berturutan, segmen H&H berjaya mencatat pertumbuhan 2% QoQ walaupun semasa tempoh yang selalunya mencatat prestasi lebih lemah, kerana sokongan daripada jumlah bilangan pesakit wad yang semakin ramai dari Malaysia dan Turki.

Pecahan prestasi mengikut segmen

Semua rantau operasi utama IHH (kecuali Singapura) memaparkan pertumbuhan teguh YoY dalam intensiti hasil dan kemasukan pesakit ke dalam wad. Untuk pasaran Singapura, kemasukan pesakit wad jatuh 1% YoY apabila Mount Elizabeth Hospital menjalani pengubahsuaian besar pertamanya. Jumlah kemasukan pesakit untuk pasaran Malaysia pula berkembang 2% QoQ selepas penyatuan dengan Island Hospital Penang pada 4 Nov. IHH Laboratories mengumumkan pertumbuhan 20% YoY dalam EBITDA kerana jumlah bilangan ujian lebih tinggi yang dijalankan (+8% YoY).

    Gambaran

    Kami tetap optimis akan pelan strategik IHH untuk kedua-dua pertumbuhan organik dan bukan organik dalam jangka sederhana hingga panjang. Setakat Dis 2024, kumpulan ini menambah 1,004 buah katil selain jumlah penambahan katil yang disasarkan sebanyak 4,000 buah (menjelang 2028). Perancangan selebihnya untuk pelan pengembangan ini akan tertumpu pada pasaran membangun (iaitu Malaysia dan India) supaya IHH berpeluang untuk menembusi rantau pasaran yang kurang menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang bermutu.

    Kami terus memandang baik akan prospek jangka panjang IHH kerana kami menyukai strategi pelaksanaan kumpulan ini yang rapi, jejak operasi serantau yang bereputasi gah di pasaran utama yang dipacu oleh kesedaran jenama yang tinggi, permintaan tidak berubah terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan, dan tumpuan pada kelompok pelanggan yang berada demi ketahanan perolehan.

    Anggaran perolehan dan penilaian.

    Selepas keputusan diumumkan, kami rendahkan perolehan 2025-2026 sebanyak 3% dan 1% berikutan kos kewangan lebih tinggi. Menggunakan kaedah SOP, TP kami disemak turun kepada RM8.70 dan EV/EBITDA mencecah 14x untuk FY25F, iaitu 0.9SD melepasi paras purata 5 tahunnya.

    Kami terus menyukai IHH kerana jejak operasi serantaunya yang berprestij merentasi pasaran utama, jadual perancangan pelan pengembangan kukuh, dan permintaan bertahan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan. Kami mengenakan ESG 0% pada nilai intrinsik kerana markah ESG IHH menyamai paras median negara.

    • Kesimpulan

    IHH Healthcare melaporkan perolehan teras tahun 2024 berjumlah RM1,685j yang tersasar daripada jangkaan, iaitu merangkumi 94% dan 84% anggaran kami dan konsensus. Keputusan lebih lemah daripada jangkaan ini berpunca daripada kos kakitangan dan kewangan lebih tinggi (berikutan kadar faedah semasa lebih tinggi dan pinjaman yang diambil untuk membiayai pembelian Island Hospital Penang). IHH sekarang diniagakan pada EV/EBITDA 12x, iaitu 0.2SD daripada purata 5 tahunnya.

    • Faktor pemacu utama
    • i. Bilangan pesakit wad meningkat;
    • ii. Intensiti hasil bertambah baik;
    • iii. Kesan positif daripada perubahan dalam kadar mata wang SGD/RM dan TRY/RM.

    • Risiko utama
    • i. Ketaktentuan tawaran pengambilalihan mandatori (MTO) ke atas Fortis Healthcare;
    • ii. Bilangan pesakit dan intensiti hasil lebih rendah daripada jangkaan;
    • iii. Kos operasi lebih tinggi daripada jangkaan.

    Penganalisis
    Oong Chun Sung +603 2302 8126 ([email protected])

    Baca laporan analisis penuh:   IHH Healthcare : Dikekang Oleh Kenaikan Kos Kewangan; Kekal BELI (28 Feb 2025)

    Laporan Sebelumnya: IHH Healthcare : Penjagaan Kesihatan Dalam Aksi: Lawatan Sehari Ke Pulau Pinang (6 Dis 2024)

    Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: IHH Healthcare : Dragged By Higher Finance Cost; Keep BUY (28 Feb 2025)

    *Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

    Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

    Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

    Tapi kenapa give up?

    Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

    Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

    Hidup ni tak perlu complicated sangat.

    Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
    Cukup sebulan sekali.

    Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

    • Kita tak perlu melekat di screen
    • Kita boleh bekerja seperti biasa
    • Kurang risiko untuk rugi
    • Set siap-siap bila nak jual saham tu
    • Kurang stress


    Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

    Siap dapat diskaun Early Bird!

    SAYA NAK PRA-DAFTAR!

    Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

    Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

    Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

    Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

    Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

    Tags: IHH Healthcareprestasiprospektahun kewangan 2024
    Share214ShareSend

    Related Posts

    Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
    Catalyst

    Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

    9 months ago
    Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
    Asas Saham

    Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

    9 months ago
    Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
    Catalyst

    Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

    9 months ago
    TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
    Catalyst

    TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

    9 months ago
    No Result
    View All Result

    Follow Kami

    Facebook Telegram Youtube
    ADVERTISEMENT

    Follow Kami

    Telegram Facebook Twitter Youtube

    Penafian

    Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

    Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

    Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

    Kategori

    • Advertorial
    • Asas Saham
    • Aset Digital
    • Berita
    • Catalyst
    • Fundamental Analisis
    • Hebahan
    • Indikator
    • Inspirasi
    • Market Update
    • Pengalaman Saham
    • Produk
    • Saham
    • Saham Global
    • Technical Analysis
    • Trading Idea
    • Uncategorized

    Hubungi Kami

    Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

    Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

    No Result
    View All Result
    • Asas Saham
    • Fundamental Analisis
    • Teknikal Analisis
    • Saham Global
    • Pengalaman Saham
    • Inspirasi
    • Produk

    Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

    Welcome Back!

    Login to your account below

    Forgotten Password?

    Retrieve your password

    Please enter your username or email address to reset your password.

    Log In