• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

in Catalyst
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Jumaat, dipengaruhi oleh prestasi hambar semalaman Wall Street, kata penganalisis.

Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.83 mata kepada 1,578.77 daripada penutupan Khamis pada 1,586.60.

Indeks dibuka 4.63 mata lebih rendah pada 1,581.97.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 293 berbanding 83, sebanyak 210 kaunter tidak berubah, 1,791 tidak didagangkan manakala 67 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 185.72 juta unit bernilai RM121.13 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan semula bahawa tarif ke atas Kanada dan Mexico akan berkuat kuasa pada 4 Mac, pada masa sama mengancam untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas Kesatuan Eropah.

Selain itu, peningkatan dalam tuntutan pengangguran terkini menandakan ekonomi yang lemah seterusnya mempengaruhi sentimen, katanya kepada Bernama.

“Di peringkat tempatan, FBM KLCI juga ditutup rendah berikutan beberapa aktiviti pengambilan untung.

“Namun begitu, kami agak kecewa kerana aktiviti pembelian baru-baru ini tidak mampan. Akibatnya, indeks penanda aras mungkin melalui fasa penyatuan,” katanya.

Sehubungan itu, Thong menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,580-1,590 hari ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan IHH Healthcare tidak berubah masing-masing pada RM10.66 dan RM7.31.

CIMB merosot satu sen kepada RM8.21, Public Bank turun dua sen kepada RM4.47 dan Tenaga Nasional jatuh 10 sen kepada RM13.46. 

Bagi saham aktif, Genting Malaysia susut 30 sen kepada RM2.06 dan MR D.I.Y. merosot lapan sen kepada RM1.50, TWL kekal tidak berubah pada 2.5 sen manakala KNM menambah 1.5 sen kepada tujuh sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas jatuh 83.35 mata kepada 11,836.60, Indeks FBMT 100 merosot 83.91 mata kepada 11,583.06 dan Indeks FBM Emas Shariah kehilangan 82.97 mata kepada 11,512.82, Indeks FBM 70 merosot 228.18 mata kepada 16,988.72 dan Indeks FBM ACE susut 21.74 mata kepada 4,802.23.

Bagi prestasi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menguncup 1.26 mata kepada 160.87, Indeks Tenaga susut 0.43 mata kepada 766.77 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 29.11 mata kepada 19,387.32, bagaimanapun Indeks Perladangan naik 12.57 mata kepada 7,594.42.

— BERNAMA 

Tags: Bursa MalaysiaRakuten Tradetarif
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In