fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Press Metal Melonjak Kepada RM1.76 Bilion, Raih PATAMI Tertinggi

in Catalyst
A A
Press Metal Cadang Terbitan Bonus Bagi Hargai Pemegang Saham

Kredit Gambar: Focus Malaysia

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd (Press Metal) bagi tahun kewangan 2024 (TK2024) berakhir pada 31 Dis, 2024, meningkat kepada RM1.76 bilion daripada RM1.22 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Pencapaian itu memaparkan prestasi kewangan kukuh yang diraih oleh segmen peleburan dan penapisannya selain sumbangan lebih tinggi daripada syarikat sekutu, kata syarikat pelebur aluminium terbesar di Asia Tenggara itu menerusi kenyataannya kepada Bursa Malaysia.

Perolehan hasil bagi tahun itu turut melonjak kepada RM14.91 bilion daripada RM13.81 bilion sebelumnya.

Berkaitan

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

Bagi tempoh suku keempat TK2024, keuntungan bersih menokok kepada RM445.27 juta daripada RM321.39 juta dalam tempoh sama setahun sebelumnya manakala perolehan hasil meningkat kepada RM3.56 bilion daripada RM3.53 bilion sebelum ini.

Press Metal berkata prestasi kewangannya bagi tahun itu juga menyaksikan perolehan hasil dan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) tertinggi setakat ini dengan hasil mencecah RM14.91 bilion manakala PATAMI melonjak 45 peratus kepada RM1.76 bilion.

Mengulas pengumuman pentadbiran Amerika Syarikat (AS) mengenai tarif 25 peratus ke atas import aluminium, syarikat itu berkata tindakan itu mencetuskan reaksi awal pasaran, termasuk peningkatan harga logam itu.

“Masih terlalu awal untuk menentukan kesan jangka panjang terhadap aliran logam global dan harga serantau kerana pasaran masih menunggu butiran yang lebih jelas.

“Bagaimanapun, pendedahan langsung kami ke atas pasaran AS kekal minimum. Pada masa sama, kami melihat semakin besar peluang untuk pengeluar aluminium rendah karbon di Asia Tenggara, sebahagian besarnya didorong oleh penyumberan alternatif serta pemindahan atau penempatan semula kemudahan pembuatan ke rantau ini,” katanya.

Secara keseluruhannya, Press Metal berkata pasaran aluminium kekal seimbang, disokong oleh peningkatan pelaburan dalam sektor tenaga bersih, termasuk tenaga boleh baharu, kenderaan elektrik, infrastruktur grid dan simpanan bateri selain penggunaan tradisional.

Syarikat itu telah mengumumkan dividen interim satu peringkat keempat sebanyak 1.75 sen bagi sesaham biasa berjumlah kira-kira RM144.20 juta bagi TK2024 yang dibayar pada 28 Mac, 2025.

— BERNAMA

Tags: Press Metal Aluminiumprestasi kewanganTK2024
Share201ShareSend

Related Posts

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

13 hours ago
AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

1 day ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

1 day ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In