• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Unit Sapura Energy Raih Kontrak Penggerudian Bernilai Kira-Kira RM3.2 Bilion

in Market Update
A A
Sapura Energy Catat Kerugian Bersih RM669. 34 Juta Pada Suku Ketiga
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd, Sapura Drilling Asia Ltd menerima kontrak penggerudian bernilai kira-kira RM3.2 bilion daripada pelbagai syarikat.

Sapura Energy dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Sapura Drilling menerima dua kontrak baharu daripada PTTEP Energy Development Ltd untuk penyediaan pelantar penggerudian bantuan tender (TAD) miliknya iaitu Sapura T-17 dan Sapura T-18.

“Projek baharu di bawah kedua-dua kontrak ini akan bermula pada suku kedua 2025 bagi tahun kewangan syarikat yang berakhir 2026 dan akan menyaksikan penggerudian telaga pembangunan selama lima tahun Sapura T-17 serta Sapura T-18, dengan pilihan lanjutan tiga tahun lagi,” katanya.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Sementara itu, anak syarikat milik penuhnya yang lain, Sapura Drilling Jaya Ltd dan Sapura Energies Lda pula menerima lanjutan kontrak daripada Cabinda Gulf Oil Company Ltd (CABGOC) iaitu anak syarikat milik penuh Chevron Corporation untuk penyediaan pelantar TAD mereka, Sapura Jaya.

Sapura Energy berkata skop kerja di bawah kontrak yang bermula pada November 2024 akan menyaksikan Sapura Jaya meneruskan penempatannya untuk CABGOC di Angola selama setahun lagi dan berakhir pada November 2025 dengan pilihan lanjutan selama enam bulan.

Selain itu, Sapura Drilling Asia Sdn Bhd (SDA) memperoleh kontrak baharu daripada ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc untuk penyediaan pelantar TAD, Sapura Berani.

Kontrak tersebut akan bermula pada suku pertama tahun kewangan 2026 dan akan menyaksikan penggerudian telaga Sapura Berani selama 30 bulan.

Ia berkata SDA juga diberikan kontrak baharu daripada EnQuest Petroleum Production Malaysia Ltd untuk penyediaan pelantar TAD, Sapura Esperanza.

Menurutnya, projek tersebut akan bermula pada suku pertama tahun kewangan 2026 dan akan menyaksikan Sapura Esperanza menggerudi empat telaga pembangunan.

— BERNAMA

Tags: anak syarikatkontrakpenggerudianSapura Energy Bhd
Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In