FY24: Prestasi Tahunan Pecah Rekod!
- Saranan BELI
- Harga sasar (TP) RM2.33 dikekalkan, potensi kenaikan harga saham 58%
- Kadar hasil dividen sekitar 3% untuk FY25F

Profil Syarikat
Sime Darby Property ialah pemilik tanah tebesar antara semua pemaju yang tersenarai, dengan pelbagai perbandaran, dan juga pembangunan komersial dan bersepadu.

Ulasan keputusan 4Q24
- Hasil pembangunan hartanah ketika suku ini menurun sedikit, dengan jumlah jualan tanah lebih rendah berbanding suku-suku sebelumnya. Pendapatan lain meningkat kepada RM30j disebabkan oleh pengiktirafan pendapatan sitaan hartanah komersial yang sepatutnya dijual.
- Hasil untuk bahagian pelaburan dan pengurusan aset pula bertumbuh 15% QoQ apabila kadar penghunian di KL East Mall meningkat kepada 99.5% (daripada 98% pada 3Q24) sementara Elmina Lakeside Mall, yang dibuka pada Ogos 2024, memberi sumbangan sepenuh suku tahun.
- Perolehan segmen ini merekodkan penambahbaikan kecil kerana pendapatan terjejas oleh caj rosot nilai lebih tinggi akibat langkah semakan aset dan sebahagian kerugian JV berkaitan projek Stesen Jana Kuasa Battersea (BPS) pada suku-suku sebelum ini.
- Paras hutang bersih meningkat kepada 0.24x daripada 0.19x pada 3Q24, oleh sebab pinjaman yang diambil untuk membiayai modal kerja.
- Dividen sesaham (DPS) berperingkat tunggal kedua bernilai 1.5 sen diumumkan, maka DPS FY24 mencecah 3 sen(berbanding 2.5 sen pada FY23), iaitu dengan nisbah bayaran kira-kira 40%.

Jualan hartanah yang kukuh pada 3Q24
Jualan hartanah 4Q24 mencecah RM900j berbanding dengan RM1.1bn pada 3Q24. Jualan sepenuh tahun bernilai RM4.1bn melepasi sasaran yang ditetapkan pihak pengurusan sebanyak RM3.5bn. Semasa tahun tersebut, segmen kediaman bertingkat tinggi milik Sime Darby Property menyumbang 31% daripada jumlah jualan, diikuti oleh segmen perindustrian (30%), kediaman bertanah (24%) dan komersial (12%). Pelancaran-pelancaran projek kediaman penting seperti Elmina Ridge dan The Ophera di KLGCC mencapai kadar ambilan sebanyak 98% dan 83%, manakala The Signature Collection di Taman Perniagaan Elmina (produk perindustrian) terjual 89%.
Prospek untuk FY25
Pihak pengurusan telah menetapkan sasaran jualan baharu sebanyak RM3.6bn dan pelancaran yang dirancang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM4bn. Sekali lagi, sasaran ini dilihat konservatif kerana jumlah tempahan setakat 9 Feb sudahpun mencecah RM2bn.

Ramalan
Kami mengekalkan ramalan perolehan FY25-26 dan memperkenalkan anggaran FY27 kami dalam laporan ini dengan memperhitungkan sumbangan sulung daripada pusat data (DC) 1 Google, yang patut siap pada 2H26. Jualan belum dibil kekal pada RM3.7bn (sama seperti suku lepas).
TP dikekalkan. TP kami (dengan kiraan premium ESG 4%) diperoleh berdasarkan diskaun 20% pada RNAV.
Rumusan
Perolehan 4Q24 yang dicatatkan Sime Darby Property dilihat menepati anggaran. FY24 merupakan tahun yang luar biasa buat syarikat ini kerana ia mencatat jualan hartanah pecah rekod sebanyak RM4.1bn, dan juga perjanjian pusat data (DC) dengan nilai pajakan RM7.6bn. Memandang ke hadapan, pihak pengurusan telah menetapkan sasaran jualan sebanyak RM3.6bn untuk FY25, dan ia komited untuk mendorong pertumbuhan fasa seterusnya bawah strategi SHIFT25. Kami menjangka portfolio hartanah pelaburan SDPR akan mengukuh lagi, lantas membuka ruang untuk penyenaraian REIT.
- Faktor pemacu utama
- Pemilikan bank tanah yang besar
- Risiko utama
- Keadaan pasaran lebih lemah daripada jangkaan
Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])
Baca laporan analisis penuh: Sime Darby Property : FY24: Prestasi Tahunan Pecah Rekod; Kekal BELI (27 Feb 2025)
Laporan Sebelumnya: Sime Darby Property : Pusat Data Google Fasa 2 Kini Tiba; BELI ( 3 Dis 2024)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Sime Darby Property : FY24: A Record-Breaking Year; Keep BUY (27 Feb 2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!