fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Nestle Susut Kepada RM415.62 Juta

in Catalyst
A A
Permintaan F&B Keuntungan Bersih Nestle Cecah RM620 Juta

Gambar: Nestle

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

UNTUNG BERSIH NESTLE MALAYSIA SUSUT KEPADA RM415.62 JUTA

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Nestle (Malaysia) Bhd (Nestle Malaysia) menyusut kepada RM415.62 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (TK2024) berbanding RM659.87 juta pada tahun kewangan 2023.

Pada masa sama, perolehan hasil syarikat gergasi makanan dan minuman itu turut merosot sebanyak 11.7 peratus kepada RM6.22 bilion berbanding RM7.05 bilion sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Nestle Malaysia berkata kumpulan itu berdepan lanskap pengguna yang mencabar, susulan kekangan dalam kuasa membeli hingga menyebabkan jualan domestik menurun sebanyak 15.7 peratus. 

Berkaitan

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

Bagaimanapun, jualan eksport menunjukkan daya tahan dengan pertumbuhan sebanyak 4.9 peratus, sekali gus mengesahkan daya saing Nestle Malaysia dalam pasaran antarabangsa dan mendapat manfaat sebagai hub pembuatan serta eksport halal terbesar bagi kumpulan Nestle di seluruh dunia.

Bagi tempoh suku keempat TK2024, keuntungan bersih turun kepada RM41.10 juta berbanding RM148.10 juta pada suku keempat 2023.

Sementara itu, perolehan hasil menyusut kepada RM1.47 bilion daripada RM1.69 bilion sebelumnya, disebabkan oleh penurunan dalam jualan domestik, yang dipengaruhi oleh keyakinan pengguna.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia Juan Aranols berkata kumpulan itu berdepan dengan persekitaran operasi yang kompleks dan mencabar pada 2024, susulan sikap pengguna yang berhati-hati ketika berbelanja dan pandangan mereka terhadap jenama global.

Katanya, sepanjang 2024, kumpulan itu telah memperkukuhkan lagi kelebihan operasinya untuk bersaing dan berjaya dalam pasaran yang sangat kompetitif.

“Dengan segala langkah yang diambil, ditambah tanda-tanda pemulihan dalam sentimen dan keyakinan pengguna sepanjang akhir tahun tersebut, kami yakin dapat mencapai paras pertumbuhan yang sihat, seiring dengan trajektori sejarah sepanjang 112 tahun kehadiran kami di Malaysia,” katanya.

Justeru, kumpulan itu menjangkakan akan kembali ke paras pertumbuhan sihat pada 2025, didorong oleh portfolio produk yang pelbagai, ekuiti jenama yang kukuh dan rangkaian pengedaran serta jualan yang meluas.

“Kumpulan akan terus mengukuhkan infrastruktur pembuatannya, mengukuhkan peranan Nestlé Malaysia sebagai hub pembuatan halal dan eksport terbesar bagi Kumpulan Nestle di seluruh dunia, sambil menyumbang kepada keselamatan makanan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Berikutan prestasi TK2024, lembaga pengarah Nestle Malaysia mengumumkan dividen interim ketiga sebanyak 74 sen sesaham.

— BERNAMA

Tags: hasilkeuntungan bersihNestle Malaysia
Share206ShareSend

Related Posts

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen
Catalyst

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

1 day ago
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Catalyst

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

1 day ago
Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta
Catalyst

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

1 day ago
Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai
Catalyst

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In