• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Ulasan Keputusan: Padini, $PADINI [26 Feb 2025]

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Ulasan Keputusan: Padini, $PADINI [26 Feb 2025]
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

  • Saranan dinaik taraf kepada BELI (daripada Neutral)
  • Harga sasar (TP) mencecah RM2.20 (disemak selepas terbitan saham bonus)
  • Potensi kenaikan harga saham 37%
  • Kadar hasil dividen sekitar 5% untuk FY26F (Jun)
  • Profil Syarikat

Padini Holdings Berha mengeluar dan menjual pakaian, kasut, barangan sampingan, dan juga aksesori.

  • Keputusan dalam jangkaan

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Untung bersih teras 1HFY25 sebanyak RM79.6j (-1.9% YoY) dilihat mencapai 53% dan 55% anggaran sepenuh tahun kami dan konsensus, iaitu setara dengan jangkaan. Untuk makluman, kami membuat penyelarasan bagi untung FX yang belum diterima sebanyak RM5.7j, mungkin kerana pegangan tunai AS$72.6j yang dinilai semula (seperti yang dilaporkan dalam laporan tahunannya untuk FY24). DPS sementara ketiga 1.8 sen telah diumumkan, seperti yang dijangka, dan tarikh tanpa dividen jatuh pada 13 Mac.

  • Ulasan keputusan

Secara YoY, hasil 1HFY25 menokok 3.4% kepada RM918.8j disebabkan oleh perayaan Tahun Baharu Cina yang tiba lebih awal (2024: 10 Feb, 2025: 29 Jan), dengan jualan diperhitungkan dalam tempoh 2QFY25. GPM (Gross Profit Margin) 1HFY25 pula berkembang 0.9ppts kepada 38.1%, dengan sokongan lantunan GPM pada 2QFY25 (+4.4ppts kepada 40%). Hal ini dipacu oleh kos inventori lebih rendah daripada pergerakan FX yang menguntungkan pada 1QFY25 (purata tempoh penghabisan inventori: 3.5 bulan) dan kegiatan pemasaran lebih rendah ketika tempoh perayaan. Secara QoQ, hasil 2QFY25 melonjak naik 33.7% kepada RM525.6j apabila dibantu oleh faktor-faktor musim akhir tahun. Hasilnya, untung teras 2QFY25 menaik 1.8x QoQ menjadi RM58.6j.

  • Gambaran

Jualan 3QFY25 sepatutnya bertahan ketika beberapa perayaan berlangsung, termasuklah Tahun Baharu Cina dan sambutan awal Aidil Fitri (31 Mac). Padini juga patut meraih manfaat daripada perbelanjaan pengguna yang teguh, gaji lebih tinggi pada 2025, dan bantuan tunai lebih besar untuk golongan berpendapatan rendah. Nilai RM yang lebih kukuh patut mengurangkan kos penyumberan, memandangkan semua kos barangan yang dijual (COGS) oleh Padini diimport.

Kami menjangka GPM pada FY25F akan berkembang 0.6ppts YoY menjadi 36.8%. Pihak pengurusan tidak merancang untuk memperluas rangkaian cawangannya dengan bersungguh-sungguh, kerana jejak kehadiran cawangan Padini telah mencapai peringkat matang. Sebaliknya, pihak pengurusan akan menumpu pada peningkatan kualiti barangan dan tawaran reka bentuk bagi mengekalkan dan mengukuhkan daya saingnya.

  • Ramalan dan penarafan

Selepas pengumuman keputusan, kami kekalkan perolehan FY25-27F. TP (Target Price) RM2.20 kami yang diperoleh melalui kaedah DCF (selepas terbitan saham bonus) turut mengambil kira premium ESG 2%. Berdasarkan TP, P/E CY25F mencecah 13.8x, iaitu hampir dengan puratanya.

  • Kesimpulan

Keputusan 1HFY25 Padini menepati jangkaan apabila didorong oleh lantunan margin untung kasar (GPM), iaitu paras tertinggi sejak tempoh selepas pandemik. Pada pandangan kami, penilaian sekarang (-1SD bawah purata) adalah murah selepas penjualan saham yang tidak wajar dilakukan (YTD: -27%). Penilaiannya disokong oleh kunci kira-kira yang mantap (tunai bersih: RM0.79/saham) dan penjanaan aliran tunai yang kukuh. Padini berkedudukan baik untuk menggarap
perbelanjaan pengguna yang teguh dan meraih manfaat daripada kesan positif nilai RM yang kukuh (purata CNY/MYR 2024: 0.64 berbanding semerta: 0.61).

  • Pemacu utama
  • i. Sentimen pengguna tinggi;
  • ii. Peningkatan penguasaan bahagian pasaran.

  • Risiko utama
  • i. Kenaikan mendadak kos operasi;
  • ii. Sentimen pengguna semakin lemah daripada yang dijangkakan.

Penganalisis
Tai Yu Jie +603 2302 8132 ([email protected])
Soong Wei Siang +603 2302 8130 ([email protected])

Baca laporan analisis penuh: Padini : Kemunculan Nilai Syarikat; Naik Taraf Kepada BELI (26 Feb 2025)

Laporan Sebelumnya: Padini : Off To a Slow Start (2 Dis 2024)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Padini : Value Has Emerged; Upgrade To BUY (26 Feb 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaPadiniQuarter Report
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In