• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Takaful Malaysia Catat Keuntungan Selepas Zakat RM347.1 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Kedua Takaful Malaysia Susut Kepada RM69.62 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd mencatatkan keuntungan selepas zakat dan cukai sebanyak RM378.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, melonjak sembilan peratus berbanding RM347.1 juta pada 2023.

Hasil takaful kumpulan naik 22 peratus kepada RM3.58 bilion daripada RM2.94 bilion.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ia berkata keuntungan yang lebih tinggi itu disebabkan terutamanya peningkatan dalam perkhidmatan takaful.

Sementara itu,  caruman dan sumbangan yang lebih tinggi daripada perniagaan takaful keluarga dan takaful am, serta peningkatan dalam perlindungan bagi kedua-dua perniagaan menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan kumpulan.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Nor Azman Zainal berkata perniagaan takaful keluarga Takaful Malaysia mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.99 bilion pada 2024, meningkat sebanyak 28 peratus daripada RM1.55 bilion pada 2023.

Peningkatan ini didorong oleh pendapatan yang lebih tinggi dalam perkhidmatan takaful, katanya.

“Perniagaan takaful am kami pula mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.46 bilion untuk tahun kewangan dalam tinjauan, meningkat sebanyak 14 peratus lebih tinggi berbanding RM1.28 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

“Peningkatan pendapatan perniagaan takaful am kami disokong oleh jumlah sumbangan yang lebih tinggi daripada kelas perniagaan kebakaran dan motor,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kumpulan mencatatkan prestasi yang membanggakan pada 2024 melalui portfolio perniagaan teras dalam bankatakaful, perbendaharaan, manfaat pekerja dan takaful am.

Sejajar dengan permintaan pasaran yang semakin berkembang, Takaful Malaysia terus memperluaskan kedudukan dalam pasaran runcit dengan menumpukan kepada penyelesaian perlindungan yang komprehensif dan berpatutan kepada rakyat Malaysia.

“Menyedari kepentingan perlindungan mampu milik dan pengukuhan kewangan para pelanggan, kami komited untuk menawarkan produk dan perlindungan yang memenuhi keperluan mereka,” kata Nor Azman.

— BERNAMA

Tags: hasilkeuntungan selepas zakatsumbangantakaful amTakaful Malaysia
Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In