• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Sunway Construction Meningkat RM186.91 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

in Catalyst
A A
Anak Syarikat SunCon Dapat Kontrak Bernilai RM218.76 Juta Daripada GBS Suria
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Sunway Construction Group Bhd (SunCon) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu RM186.91 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM145.11 juta bagi tahun kewangan 2023.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, SunCon menjelaskan peningkatan keuntungan itu didorong oleh kemajuan pantas Projek RTS Link, peningkatan sumbangan daripada pembangunan pusat data, dan projek Sunway Square.

Perolehan pula meningkat kepada RM3.52 bilion daripada RM2.67 bilion bagi tempoh yang sama.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Bagi suku keempat tahun kewangan 2024, SunCon merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM69.16 juta daripada RM49.26 juta pada suku sama tahun kewangan 2023.

“Prestasi kewangan ini disokong oleh sumbangan besar daripada segmen pembinaan,” menurutnya.

Syarikat itu juga memaklumkan pihaknya mencapai penambahan nilai perolehan kontrak sebanyak RM4.2 bilion pada 2024, sejajar dengan julat sasaran antara RM4 bilion hingga RM5 bilion.

“Bagi tahun akan datang, syarikat telah menetapkan sasaran penambahan nilai perolehan kontrak sebanyak RM4.5 bilion hingga RM6.0 bilion,” jelasnya.

Pengarah Urusan SunCon Liew Kok Wing berkata tumpuan strategik syarikat kepada kemudahan teknologi termaju, terutama projek pusat data, telah berperanan penting dalam mendorong pertumbuhan perolehan.

“Malaysia terus memanfaatkan aspirasi untuk menjadi hab pusat data serantau. Perancangan tender Sunway Construction dalam domain kemudahan teknologi termaju kekal kukuh, ditambah dengan jangkaan kemajuan yang dipercepat bagi projek yang sedia ada, memberikan kebolehlihatan keuntungan bagi tahun kewangan 2025.

“Selain itu, syarikat juga positif terhadap usaha yang diterajui kerajaan menerusi Belanjawan 2025, iaitu Transit Aliran Ringan Pulau Pinang dan peluasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Liew Kok Wingprestasi kewanganSunway Construction Group
Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In