• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih MISC Susut Kepada RM1.19 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

in Catalyst
A A
Unit Tidak Langsung MISC Peroleh Kontrak Sewa Kapal 15 Tahun Daripada QatarEnergy
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih MISC Bhd bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2024 merosot kepada RM1.19 bilion daripada RM2.12 bilion yang dicatatkan pada 2023.

Perolehannya pula turun sebanyak 7.2 peratus kepada RM13.24 bilion daripada RM14.27 bilion sebelumnya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

MISC dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini mengaitkan perolehan yang lebih rendah itu berpunca terutamanya daripada prestasi yang lebih lemah pada suku keempat bagi tahun kewangan 2024.

Dalam tempoh sukuan tersebut, kerugian bersih syarikat sebanyak RM446.2 juta berbanding keuntungan bersih sebanyak RM627.3 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Perolehan bagi suku tersebut susut 22.7 peratus kepada RM3.31 bilion daripada RM4.28 bilion.

MISC berkata bagi segmen aset dan penyelesaian gas, perolehannya berjumlah RM849.5 juta, tiga peratus lebih rendah daripada perolehan suku yang sama sebelumnya iaitu sebanyak RM875.6 juta disebabkan oleh kesan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat.

“Bagi penghantaran petroleum dan produk, perolehan yang dicatatkan sebanyak RM1.21 bilion, berkurang RM177.8 juta atau 12.8 peratus daripada RM1.39 bilion dalam tempoh yang sama sebelumnya disebabkan kadar pengangkutan yang lebih rendah serta kurangnya perolehan pada suku keempat,” katanya.

Syarikat mengumumkan dividen interim sebanyak 12 sen sesaham biasa bagi suku keempat.

MISC turut berkongsi mengenai prospek keseluruhan pasaran kapal tangki bagi tahun kewangan 2025 yang kekal positif, disokong oleh permintaan unit trafik berat tan bagi jarak setiap batu yang tinggi daripada pengalihan kapal, perdagangan jarak jauh Atlantik-Asia dan pengembangan kapal yang minimum.

“Segmen petroleum dan produk akan terus disokong oleh kumpulan kapal yang disewa dalam jangka panjang selain perniagaan pemindahan kargo ke atas kapal kecil yang khusus.

“Harga minyak yang stabil dan permintaan global berterusan juga dijangka menggalakkan pelaburan dalam projek luar pesisir sekali gus menyokong prospek positif bagi segmen luar pesisir,” katanya.

— BERNAMA 

Tags: kapal tangkiKeputusanminyak dan gasMISCperkapalantahun kewangan 2024
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In