fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Ulasan Keputusan: Datasonic Group, $DSONIC [21 Feb 2025]

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Datasonic Akan Pertingkat Pengeluaran Halaman Data Polikarbonat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp
  • Saranan BELI dikekalkan
  • Harga sasar (TP) baharu RM0.50 (daripada RM0.61)
  • Potensi kenaikan harga saham 50%
  • Kadar hasil dividen sekitar 6% untuk FY25F (Mac).

  • Profil Syarikat

Datasonic terlibat dalam penyediaan penyelesaian ICT yang terdiri daripada perkhidmatan pemperibadian kad pintar, penyesuaian bagi penyelesaian ICT kerajaan berskala besar, pengurusan projek dan perkhidmatan rundingan teknikal.

  • Keputusan menepati jangkaan

Hasil 9MFY25 sejumlah RM269.7j (+6.8% YoY) dan untung teras RM76.9j dilihat mencapai jangkaan, pada 78.4% dan 76.8% anggaran sepenuh tahun kami dan konsensus. Secara YoY, hasil didorong oleh permintaan lebih kukuh untuk penyelesaian pasport dan kad pintar, harga jualan purata (ASP) lebih tinggi, dan sumbangan lebih besar daripada segmen iKad. Perkara-perkara ini, ditambah dengan kos rosot nilai lebih rendah, menyebabkan kenaikan pertumbuhan untung teras. Untung teras pada 3QFY25 meningkat 21.6% YoY dan 20.8% QoQ berikutan permintaan lebih kukuh dan caj rosot nilai lebih rendah.

Berkaitan

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

  • Berhasrat untuk menambah buku pesanan

Susulan pelanjutan kontrak baru-baru ini, buku pesanan sekarang bernilai melebihi RM270j. Pihak pengurusan juga masih beriltizam untuk mendapatkan lebih banyak projek dari luar negara, memandangkan harga DSONIC berdaya saing dan dokumen keselamatannya berkualiti tinggi. Dalam pasaran tempatan, ia sedang menyasarkan lebih banyak kerja pintu automatik dan yang berkaitan IT. Prospek perolehan kumpulan ini masih tampak cerah ekoran permintaan kukuh yang berterusan untuk pelbagai penyelesaian berkaitan perkhidmatan kerajaan yang ia tawarkan, dan pengembangan margin.

  • Ramalan dan penarafan

Kami kekalkan ramalan kami memandangkan keputusan kewangan DSONIC mencapai jangkaan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, TP direndahkan menjadi RM0.50 daripada MYR0.61 kerana kami mengambil kira kesan pengurangan pegangan saham dan kemungkinan penerimaan hasil tunai (RM0.07 sesaham) daripada waran percuma sebanyak 1.391bn (disenaraikan hari ini) dengan harga laksana RM0.2117 (lebih rendah daripada harga saham) dan tempoh matang tiga tahun.

Berdasarkan TP, P/E FY26F mencecah 20x (pada purata lima tahun), termasuk premium ESG 2%, kerana markah ESG 3.1 untuk DSON melepasi median negara. Kami menyukai kumpulan ini disebabkan oleh daya saingnya dalam penyelesaian khusus, kadar dividen yang bagus, penjanaan aliran tunai yang kukuh, dan potensi kenaikan daripada tawaran projek baharu dengan penilaian yang menarik.

  • Kesimpulan

Perolehan 9MFY25 yang dicatatkan Datasonic Group sebanyak RM76.9j menepati jangkaan dengan pertumbuhan 48.3% YoY disokong oleh harga jualan purata ASP dan pesanan iKad lebih tinggi. Meskipun tiada kontrak jangka panjang untuk penyelesaian-penyelesaian utama, penilaian yang sekarang berada bawah paras purata dilihat menarik, atas faktor penjanaan aliran tunai DSON yang kukuh ketika adanya permintaan berterusan untuk pelbagai penyelesaiannya, selain potensi penambahan perolehan berikutan tawaran projek/kontrak baharu. Tiada pindaan dibuat pada ramalan kami, tetapi kesan pengurangan pegangan saham akibat waran yang baru tersenarai diambil kira dalam TP kami.

  • Faktor pemacu utama:
  • i. Meraih kontrak baharu;
  • ii. Permintaan lebih tinggi untuk pelbagai
  • penyelesaian yang ia tawarkan.

  • Risiko utama:
  • i. Pesanan lebih lemah berbanding jangkaan;
  • ii. Kontrak tidak diperbaharui;
  • iii. Perubahan dari segi dasar kerajaan.

Penganalisis
Lee Meng Horng +603 2302 8115 ([email protected])

Baca laporan analisis penuh: Datasonic Group : Prestasi Didorong Oleh Permintaan Kukuh Dan Kecekapan Operasi; BELI (21 Feb 2025)

Laporan Sebelumnya: Datasonic Group : Berjaya Raih Pelanjutan Kontrak Pasport; Kekal BELI (21 Jan 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris:
Datasonic Group : Lifted By Stronger Demand, Operating Efficiency; BUY (21 Feb 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Buat duit ketika musim QR!

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

❌ Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

SAYA NAK DAFTAR
Tags: Bursa MalaysiaDatasonicDSONICQRQuarter Report
Share215ShareSend

Related Posts

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen
Catalyst

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

1 day ago
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Catalyst

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

1 day ago
Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta
Catalyst

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

1 day ago
Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai
Catalyst

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In