• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Petronas Dagangan Catat Prestasi Lebih Kukuh Pada Tahun Kewangan 2024, Umum Dividen 45 Sen

in Saham
A A
Untung Bersih Petronas Dagangan Pada Suku Ketiga Merosot Kepada RM212.66 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (PDB) meningkat kepada RM1.09 bilion pada tahun kewangan berakhir 30 Disember, 2024 berbanding RM943.08 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

PDB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata keuntungan bersih lebih tinggi dicatatkan pada tahun itu adalah disebabkan oleh keuntungan kasar lebih tinggi daripada semua segmen yang diimbangi oleh peningkatan dalam perbelanjaan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Hasil lebih tinggi pada tahun kewangan 2024 pada RM37.95 bilion berbanding RM37.55 bilion setahun sebelumnya, didorong oleh pertumbuhan volum jualan 3.0 peratus walaupun penurunan 2.0 peratus dalam harga jualan purata.

PDB telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 25 sen sesaham biasa dan dividen khas sebanyak 20 sen sesaham biasa bagi suku berakhir 31 Disember, 2024.

Dalam satu kenyataan berasingan, PDB berkata bagi tempoh 12 bulan, ia mencapai jumlah jualan tahunan tertinggi sepanjang masa iaitu 16.8 bilion liter.

“Prestasi tahun ini mencerminkan kekukuhan pelaksanaan strategi kami walaupun dalam persekitaran mencabar, keupayaan kami untuk menghasilkan keuntungan mampan membuktikan daya tahan model perniagaan kami, kepercayaan pelanggan kami dan pendekatan berdisiplin dalam mengemudi peralihan pasaran,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB Azrul Osman Rani.

Melangkah ke hadapan, firma itu menjangkakan penggunaan swasta yang stabil, mempercepatkan pelaksanaan rancangan pembangunan negara dan persekitaran operasi lebih stabil pada 2025.

Bagaimanapun, ia berkata ketidaktentuan perdagangan global dan harga minyak menyederhana boleh mempengaruhi keadaan pasaran.

Sehubungan itu, ia kekal komited untuk mengukuhkan teras dan segmen kemudahannya dengan memanfaatkan inisiatif strategik dan memanfaatkan peluang pasaran.

“Dengan asas yang betul, kami bersedia untuk mengharungi cabaran dan memacu fasa pertumbuhan seterusnya,” kata Azrul.

— BERNAMA

Tags: dividenPetronas Dagangantahun kewangan 2024
Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In