• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

PCG Untung Bersih RM1.175 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

in Catalyst
A A
Keputusan Kewangan Suku Keempat Dorong Saham Petronas Chemicals Melonjak 2.67 Peratus Pagi Ini

Kredit Gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) susut kepada RM1.175 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM1.696 bilion pada tahun sebelumnya.

PCG berkata keuntungan bersih yang lebih rendah dicatatkan bagi tahun kewangan 2024 seiring dengan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang lebih rendah serta bahagian kerugian dari syarikat usaha sama dan bersekutu.

EBITDA bagi tahun tersebut menurun sebanyak 7.0 peratus tahun ke tahun kepada RM3.5 bilion disebabkan oleh margin yang lebih rendah selain kos operasi yang lebih tinggi.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Perolehan untuk tahun berkenaan bagaimanapun meningkat kepada RM30.67 bilion daripada RM28.67 bilion tahun ke tahun, berikutan pertumbuhan volum jualan di ketiga-tiga segmen perniagaannya, kata PCG dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Syarikat mengumumkan pembayaran dividen interim kedua sebanyak 3.0 sen setiap saham yang berjumlah RM240 juta bagi tahun kewangan 2024.

Jumlah dividen yang diumumkan bagi tahun kewangan 2024 sebanyak RM1.0 bilion, mewakili 89 peratus daripada keuntungan selepas cukai dan kepentingan bukan kawalan (PATANCI).

Bagi tempoh suku keempat yang berakhir 31 Dis, 2024,  keuntungan bersih PCG melonjak kepada RM519.0 juta daripada RM112.0 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pencapaian ini seiring dengan peningkatan EBITDA dan keuntungan pertukaran asing yang tidak direalisasi ke atas penilaian semula pinjaman pemegang saham kepada Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd.

EBITDA bagi suku keempat tahun kewangan 2024 menokok sebanyak 28 peratus kepada RM710 juta daripada RM554 juta pada suku ketiga bagi tahun kewangan yang sama, disebabkan terutamanya oleh kesan positif daripada pertukaran mata wang asing.

Margin EBITDA naik kepada 10 peratus daripada 7.0 peratus pada suku ketiga tahun kewangan 2024.

Perolehan syarikat pada suku keempat tahun kewangan 2024 meningkat kepada RM7.46 bilion daripada RM7.21 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya walaupun dengan harga jualan purata yang lebih rendah dan volum jualan yang lebih rendah dalam segmen khas.

PCG berkata kitaran penurunan dalam sektor kimia berlanjutan lebih lama daripada jangkaan awal disebabkan permintaan global yang tidak stabil di tengah-tengah lebihan kapasiti bekalan.

Selain itu, katanya, kesan peningkatan ketara dalam kapasiti yang baharu dibina terutamanya di Asia Timur Laut, mengatasi pertumbuhan permintaan selain mengekalkan tekanan pada harga dan margin.

Kumpulan itu berkata ia mengharungi cabaran melalui pelbagai tawaran produknya selain memanfaatkan segmen baja dan metanol (F&M) dengan tahap permintaan dan harga urea serta metanol yang stabil di rantau Asia Pasifik sepanjang 2024.

Ia juga mendapat manfaat daripada penambahbaikan kecekapan kilang dan pengurangan masa henti walaupun menjalankan aktiviti penyelenggaraan di empat daripada kilang pengeluaran yang dimilikinya.

PCG berkata ini menghasilkan kadar penggunaan purata kilang sebanyak 91 peratus berbanding 85 peratus pada 2023 yang meningkatkan pengeluaran dan jumlah jualan produk kimia komoditi dalam segmen olefins dan derivatif (O&D) serta F&M.

Sementara itu, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG Mazuin Ismail dalam satu kenyataan berkata pihaknya mencapai sasaran operasi dengan penggunaan kilang untuk segmen O&D dan F&M yang kembali melebihi 90 peratus, walaupun berdepan cabaran pada awal tahun.

“Segmen khas juga mencatatkan peningkatan jualan berikutan kekangan bekalan dan permintaan yang lebih baik untuk okso dan poliol,” katanya.

Beliau berkata keadaan pasaran dijangka kekal tidak berubah pada 2025 berikutan ketidakpastian yang ditimbulkan oleh perubahan dasar geoekonomi dan kemungkinan tindakan balas oleh negara yang terjejas, selain daripada peristiwa geopolitik yang berlaku.

“Kami masih perlu berdepan dengan lebihan bekalan produk petrokimia global walaupun permintaan mula pulih berikutan penambahan kapasiti dijangka melebihi pertumbuhan permintaan sebanyak kira-kira 50 peratus pada tahun ini.

“Sejak akhir 2024 dan setelah memasuki 2025, kami meninjau penurunan harga dan margin dalam O&D, dengan margin bersepadu di Asia Tenggara dijangka kekal dalam keadaan rendah,” katanya.

Mazuin berkata PCG kekal fokus bagi memastikan operasi yang selamat dan cekap selain sentiasa memantau pasaran dan mengukuhkan disiplin kewangannya.

— BERNAMA

Tags: dividenKeputusanPCGtahun kewangan 2024
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In