• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Ulasan Keputusan: Malaysia Marine & Heavy Engineering, $MHB [20 Feb 2025]

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
MHB Peroleh Kontrak Daripada Sarawak Shell
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Mencatat Prestasi Cemerlang Tahun Ini

  • Saranan BELI
  • Harga sasar (TP) RM0.62 dikekalkan
  • Potensi kenaikan harga saham 60%

  • Profil Syarikat

Malaysia Marine & Heavy Engineering ($MHB) merupakan syarikat pembinaan kapal dan industri kejuruteraan berat yang bertapak di Malaysia.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

  • Keputusan bawah jangkaan

Keputusan MHB tidak mencapai jangkaan kami dan konsensus. Untung teras RM89.2j merangkumi 89% dan 82% ramalan sepenuh tahun kami dan konsensus. Tiada dividen diumumkan untuk suku ini.

  • Ulasan keputusan

Syarikat ini kembali mencatat keuntungan pada FY24 dengan meraih untung teras RM89.2j, bertentangan dengan kerugian RM490j yang dicatat tahun lalu. Pemulihan perolehan ini kebanyakannya didorong oleh pengiktirafan tuntutan pindaan pesanan pada tahun tersebut.

Hasil meningkat 9% YoY kepada RM3.6bn, menaik daripada RM3.3bn, disebabkan oleh bil projek lebih tinggi daripada bahagian kejuruteraan berat (HE) dan lebih banyak kerja-kerja penukaran daripada bahagian marin. Tanpa mengira perkara-perkara sekali bayar pada 4Q24, kumpulan ini merekodkan untung bersih teras bernilai RM11.7j (-45% QoQ, +25% YoY).

Penurunan berturutan ini berpunca daripada untung operasi segmen marin yang jatuh 36% QoQ kepada RM7j (daripada RM11j) akibat kesan tekanan inflasi rantai bekalan. Setakat 4Q24, MHB kembali ke kedudukan tunai bersih sebanyak RM196j (MYR0.12/sesaham) selepas membayar penuh kredit pusingannya.

  • Prospek

Setakat 4Q24, buku pesanan MHB mencecah RM5.3bn (-16.8% QoQ) dengan adanya pengiktirafan pesanan.

  • Maklumat terkini projek

Projek Kasawari CCS sudah siap 58%, manakala potongan keluli pertama untuk projek pelantar HVDC OSS dijangkakan pada Apr 2025. Buku tendernya yang bernilai sekitar RM5bn dibahagi 70:30 antara projek-projek tempatan dan luar negara. Menuju ke hadapan, MHB bertujuan mengimbangi portfolionya antara peluang-peluang kerja minyak dan gas dengan usaha niaga tenaga boleh baharu. Untuk perniagaan marin, ia menjangkakan prestasi kukuh yang berterusan, dengan sokongan kapal-kapalnya yang mencapai markah kepuasan pelanggan yang hampir sempurna.

  • Kekal BELI

Ramalan FY25-26F kami dinaikkan sedikit sebanyak 1% selepas membuat penyelarasan dalaman. Ramalan perolehan FY27 juga diperkenalkan. Kami menjangka perolehan akan menurun, kerana prestasi FY24 dibantu oleh tuntutan bayaran balik, dan sebarang tambahan pengiktirafan tuntutannya akan meningkatkan perolehan. TP kami kekal sama pada MYR0.62, berdasarkan P/BV FY25F 0.7x (+1.5SD daripada purata lima tahun). Diskaun ESG 4% diambil kira memandangkan markah ESG-nya ialah 2.8, iaitu bawah median negara.

  • Faktor pemacu utama
  • i. Tawaran projek lebih banyak;
  • ii. Pesanan bervariasi lebih tinggi.

  • Risiko utama
  • i. Penambahan kerja semakin perlahan;
  • ii. Kos bahan lebih tinggi;
  • iii. Kekurangan buruh.

Keputusan kewangan Malaysia Marine & Heavy Engineering dilihat tersasar daripada jangkaan apabila terjejas oleh penyusutan margin dalam segmen marin. Sungguhpun begitu, kami tetap memandang positif akan kumpulan ini disebabkan oleh pemulihannya dan buku pesanan yang kukuh. Faktor-faktor ini menjadi asas untuk prospek sektor yang cerah. Pada hemat kami, perancangan projeknya yang kukuh, ditambah dengan syarat-syarat kontrak yang lebih baik akan menyokong keberuntungan syarikat secara berterusan.

Penganalisis
Miza Izaimi +603 2302 8121 ([email protected])
Sean Lim, CFA +603 2302 8128 ([email protected])

Baca laporan analisis penuh: Malaysia Marine & Heavy Engineering : Mencatat Prestasi Cemerlang Tahun Ini; Kekal BELI (20 Feb 2025)

Laporan Sebelumnya: Malaysia Marine & Heavy Engineering  : Prestasi Suku Tahun Kukuh Tanpa Tuntutan; Kekal BELI (14 Nov 2024)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Malaysia Marine & Heavy Engineering : A Stellar Year; Keep BUY (20 Feb 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Buat duit ketika musim QR!

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

❌ Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

SAYA NAK DAFTAR
Tags: Bursa MalaysiaMalaysia Marine & Heavy EngineeringMHBQRQuarter Report
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In