• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

ES Sunlogy Sasar Perluas Portfolio Tenaga Solar Melalui Inisiatif TBB

in Asas Saham, Catalyst
A A
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO ES Sunlogy Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — ES Sunlogy Bhd berhasrat memperluaskan portfolionya dalam sektor tenaga solar melalui penyertaan dalam inisiatif tenaga boleh baharu (TBB) seperti program solar berskala besar 5 (LSS5), LSS5+ dan program tenaga hijau korporat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Sam Teo Chee Teong berkata firma perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (M&E) itu mempelbagaikan sektor tenaga solar sejak 2017 seiring dengan pengkomersialan loji solar Junjongnya pada 2023.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Melangkah ke hadapan, ini akan menjadi satu daripada strategi utama kami. Kami optimis untuk menyertai atau membida bagi LSS5 atau LSS5+ dalam sektor TBB,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan secara maya selepas majlis penyenaraian syarikat di Pasaran ACE Bursa Malaysia di sini hari ini.

Mengenai prospek M&E di Malaysia, Teo berkata berdasarkan penyelidikan pasaran bebas, sektor itu dijangka terus berkembang disokong oleh keadaan pasaran yang menggalakkan.

Beliau berkata pelaburan strategik di rantau ini semakin penting sebagai hab pembuatan dan kejuruteraan.

“Faktor tersebut memberikan peluang yang besar kepada pemain industri untuk mengembangkan operasi selain meningkatkan tawaran perkhidmatan mereka bagi memenuhi permintaan pasaran yang dinamik,” katanya.

ES Sunlogy hari ini membuat penyenaraian sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada harga 30.5 sen dengan premium setengah sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 30 sen dengan 26.05 juta saham diniagakan.

Daripada RM42 juta yang diperoleh menerusi IPO, syarikat itu berkata RM14.1 juta akan digunakan untuk membangunkan dan membina loji fotovoltaik solar berskala besar Selarong yang dijangka dikomersialkan pada Disember.

“Selain itu, RM14 juta akan digunakan untuk membayar pinjaman manakala RM9.2 juta lagi akan menyokong keperluan modal kerja syarikat.

“RM0.7 juta akan digunakan untuk membeli sistem perancangan sumber perusahaan (ERP) bagi meningkatkan kecekapan operasi keseluruhan kumpulan serta RM4.0 juta untuk perbelanjaan IPO,” katanya.

Pada pukul 5 petang, saham ditutup mendatar pada 30 sen, sama seperti harga IPO, dengan 143.60 juta saham didagangkan.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaES SunlogyM&Esolartenaga boleh baharu
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In