• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Serantau

in Catalyst
A A
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Serantau

(Gambar oleh Michael Ciaglo/Getty Images)

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah, diasak aktiviti jualan membabitkan saham wajaran tinggi tertentu selain menjejaki prestasi pasaran serantu ketika pelabur kian gelisah terhadap kebimbangan berkaitan tarif oleh Amerika Syarikat (AS).

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 6.10 mata atau 0.38 peratus kepada 1,574.78 daripada 1,580.88 pada akhir dagangan semalam.   

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Indeks penanda aras itu dibuka turun 0.26 mata kepada 1,580.62 dan bergerak dalam julat 1,574.02 hingga 1,581.49 sepanjang sesi itu.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 555 berbanding 262 dengan 463 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,060 tidak diniagakan dan 22 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 1.89 bilion saham bernilai RM1.09 bilion.

Pasaran serantau merosot susulan pendirian pelabur yang lebih berhati-hati berikutan cadangan Presiden Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas automotif, semikonduktor dan farmaseutikal yang dijangka berkuat kuasa pada 2 Apri ini.

Pasaran Nikkei 225 Jepun turun 1.46 peratus kepada 38,591.71, Indeks Hang Seng Hong Kong susut 1.38 peratus kepada 22,627.51 manakala Indeks Straits Times Singapura menguncup 0.07 peratus kepada  3,931.09, Indeks Komposit Shanghai di China merosot 0.16 peratus kepada 3,346.09 dan Indeks Kospi Korea Selatan berkurangan 0.66 peratus kepada  2,653.76.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata sentimen di pasaran tempatan kekal tidak menentu di tengah-tengah aliran keluar dana asing yang berlanjutan.

Sehubungan itu, pelabur mengambil pendekatan lebih berhati-hati, menumpukan sektor yang berdaya tahan seperti hartanah dan perbankan.

Ini memandangkan dua sektor itu menawarkan hasil dividen menarik dan dijangka mendapat manfaat daripada peningkatan trafik pengunjung pusat beli-belah dan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang stabil.

“Peniaga juga boleh meninjau peluang dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB) kerana Malaysia menyasarkan kapasiti tenaga itu sebanyak 31 peratus menjelang 2025, disokong oleh pelbagai inisiatif kerajaan seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Program Tenaga Hijau Korporat,” katanya dalam nota penyelidikannya hari ini.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Maybank susut enam sen kepada RM10.44, Public Bank turun lima sen kepada RM4.49 dan Tenaga Nasional susut 10 sen kepada RM13.76. CIMB naik tiga sen kepada RM8.32 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.21.

Kaunter paling aktif menyaksikan AE Sunlof yang mula disenaraikan di Pasaran ACE hari ini, meraih satu sen kepada 31 sen manakala Ingenieur Gudang dan TWL Holdings masing-masing tidak berubah pada 5.5 sen dan 2.5 sen.

MYEG menokok dua sen kepada RM1.02 dan Hartalega menokok satu sen kepada RM2.45.

Di papan indeks pula Indeks FBM Emas susut  36.12 mata kepada 11,906.89 dan Indeks FBMT 100 jatuh 28.55 mata kepada 11,637.25.

Indeks FBM Emas Shariah merosot 42.58 mata kepada 11,579.46, Indeks FBM 70 naik 22.65 mata kepada 17,400.22 manakala Indeks FBM ACE turun 64.96 mata kepada 4,942.20.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 71.38 mata kepada 19,274.77, Indeks Perladangan turun 40.83 mata kepada 7,381.57, Indeks Tenaga susut 6.53 mata kepada 779.77 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan sebanyak 1.14 mata kepada 160.91.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCItengah hari
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In