• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Ulasan Keputusan: Hartalega [$HARTA] 19 Feb 2025

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Firma Penyelidikan Kekalkan Penarafan Beli Dan Pegang Untuk Hartalega
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

  • Saranan dinaik taraf kepada BELI (daripada Neutral)
  • Harga sasar (TP) lebih rendah mencecah RM3.30 (daripada RM3.70) melalui DCF
  • Harga saham berpotensi menaik 26%
  • Profil Syarikat

Hartalega merupakan pengeluar sarung tangan getah kedua terbesar di dunia mengikut modal pasaran.

  • Rumusan Laporan Pendapatan

Untung teras 3QFY25 yang dicatat oleh Hartalega bernilai RM23j membawa untungnya sepanjang 9MFY25 kepada 33% dan 23% daripada
anggaran kami dan konsensus. Harga saham telah menurun 28% selepas penurunan wajaran sektor kami bulan lalu. Susulan penurunan harga saham semalam, kami berpendapat nilai saham ini adalah murah iaitu pada 0.1SD melepasi purata. Pada pandangan kami, $HARTA layak diberi nilai sekurang-kurangnya +1SD untuk pendedahannya yang agak besar di AS, kerana ia patut menerima manfaat daripada penyimpangan perdagangan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pada 3QFY25, untung teras mencecah RM23j berikutan jumlah jualan lebih tinggi (+12% QoQ). Keputusan 9MFY25 dilihat gagal mencapai jangkaan apabila terkesan oleh pelanggan-pelanggan AS yang membuat pesanan awal dari pengeluar-pengeluar China sebelum tarif dilaksanakan. Oleh demikian itu, kadar penggunaan kilang menyusut sedikit kepada 86.4% (2QFY25: 89.5%) kerana $HARTA memulakan kapasiti baharu sekitar 4.8bn pada suku tersebut. Harga jualan purata (ASP) meningkat secara berturutan (+2.6% QoQ) kepada USD22/1,000 helai apabila $HARTA terus menaikkan ASP ketika suku tersebut.

  • Gambaran

Tindakan kami menurunkan wajaran sektor awal tahun ini sudah menunjukkan impaknya. $HARTA sekarang diniagakan pada 1.9x P/BV, iaitu 0.1SD melepasi purata lalu tiga tahunnya 1.8x. Walaupun kami meramalkan tempoh keputusan 4QFY25 (Mac) akan mencatat prestasi lebih lemah QoQ ekoran jumlah jualan yang mungkin berkurangan (pihak pengurusan memberi bayangan penurunan 9-15% QoQ, dengan kadar penggunaan kilang 70-75%), kami sarankan para pelabur untuk melihat melepasi bulan April/Mei, apabila inventori saluran AS akan habis, lalu menyebabkan jumlah jualan menaik. Selepas harga saham menurun semalam, kami berpandangan penilaian syarikat ini murah, kerana kali terakhir ia diniagakan pada paras sebegini adalah sebelum pengumuman tarif kedua pada Sep 2024.

  • Ramalan

Kami merendahkan anggaran perolehan FY25-26 sebanyak 55% dan 26% apabila kami memotong andaian ASP gabungan (FY25-26: AS$21 dan AS$22.10
daripada AS$23 dan AS$23.20). Hal ini demikian kerana kami berpendapat kuasa penetapan harga oleh pengeluar-pengeluar sarung tangan mungkin dipengaruhi oleh pesanan awal yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan AS pada 4Q24. Kami mengekalkan andaian jumlah jualan kerana sebelum ini, kami mengambil kira kadar penggunaan kilang lebih rendah iaitu 78% pada FY25 (bayangan pihak pengurusan: 80-82%). Selepas penyelarasan, kami meraih TP lebih rendah MYR3.30 (termasuk diskaun ESG 2%).

Berdasarkan TP kami yang diperoleh melalui kaedah DCF, P/BV CY25 mencecah 2.4x, iaitu 1SD atas paras purata tiga tahun. Kami sarankan para pelabur untuk melihat melepasi bulan April / Mei, apabila inventori saluran AS akan habis, lalu menyebabkan peningkatan jumlah jualan.

Faktor pemangkin untuk nilai saham menaik masih melibatkan keupayaan pengeluar-pengeluar sarung tangan Malaysia untuk mencari jalan menangani kenaikan kadar tarif import lebih mahal (sebaiknya dijual pada harga AS$25 dan ke atas). Jika tidak, peluang di sebalik kenaikan tarif import ini akan menjadi sia-sia.

  • Faktor pemacu utama
  • i. Pertumbuhan jumlah jualan;
  • ii. Peningkatan mata wang USD berbanding MYR;
  • iii. Harga bahan mentah lebih lemah daripada
  • jangkaan

  • Risiko utama
  • i. Penurunan ASP sarung tangan;
  • ii. Peningkatan kapasiti lebih perlahan daripada jangkaan;
  • iii. Kadar penggunaan kilang lebih rendah daripada jangkaan;
  • iv. Harga bahan mentah lebih mahal daripada jangkaan.

Penganalisis
Oong Chun Sung +603 2302 8126 ([email protected])

Baca laporan analisis penuh: Hartalega : Beralih Ke Arah Pemulihan; Naik Taraf Kepada BELI (19 Feb 2025)

Laporan Sebelumnya: Hartalega : Berita Baik Sudah Diambil Kira; Turun Taraf Kepada NEUTRAL (9 Jan 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Hartalega : Turning The Tide; Upgrade To BUY (19 Feb 2025)

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Buat duit ketika musim QR!

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

❌ Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

SAYA NAK DAFTAR
Tags: Bursa MalaysiaHartalegaQuarter ReportRHB
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In