• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Southern Cable Peroleh Kontrak Bernilai RM403.6 Juta Daripada TNB

in Catalyst
A A
Southern Cable Cadang Terbitan Waran Bonus Satu Untuk Dua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Unit Southern Cable Group Bhd, Southern Cable Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM403.6 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi membekal kabel dan konduktor bawah tanah selama setahun bermula Februari 2025.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata kontrak tersebut menawarkan potensi peningkatan yang ketara untuk Southern Cable.

TNB mempunyai pilihan untuk melanjutkan perjanjian tersebut selama satu tahun lagi dengan pesanan tambahan berdasarkan nilai kontrak asal, katanya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Selain itu, TNB boleh memilih untuk melanjutkan pesanan tambahan sehingga 30 peratus daripada nilai kontrak asal, seterusnya meningkatkan potensi hasil daripada perjanjian ini,” katanya.

Southern Cable berkata ia meraih kontrak secara konsisten dengan TNB melalui perjanjian terkini bagi tempoh 2022-2024 yang berjumlah kira-kira RM850 juta.

Pengarah Urusan Tung Eng Hai berkata kontrak daripada TNB itu menunjukkan keyakinan berterusan terhadap kemampuan Southern Cable untuk membekalkan produk berkualiti tinggi bagi infrastruktur tenaga penting  Malaysia.

“Pada masa depan, kami yakin meraih prestasi yang kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, disokong oleh pesanan yang teguh daripada aktiviti pembangunan Malaysia,” katanya. 

— BERNAMA

Tags: kontrakSouthern Cable GroupTenaga Nasional Bhd
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In