• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Sentimen Berhati-Hati, Kurang Pemangkin Baharu Asak Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia menyaksikan dagangan lebih rendah dalam sesi awal pada Rabu, diheret turun oleh kekurangan pemangkin baharu dan sentimen berhati-hati susulan tindakan peniaga meneliti keadaan semasa dan cabaran inflasi.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.10 mata kepada 1,581.74 daripada 1,584.84 pada akhir dagangan semalam.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks utama itu dibuka susut 1.62 mata kepada 1,583.22.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 139 berbanding 129 manakala 245 kaunter lain tidak berubah, 1,812 tidak diniagakan dan 10 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 135.05 juta unit bernilai RM68.94 juta.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee Shen Pin berkata Wall Street ditutup tinggi sedikit semalam dengan ketiga-tiga indeks utamanya mendapat rangsangan belian lewat selepas sesi dagangan yang tidak menentu.

“Di peringkat tempatan, FBM KLCI ditutup meningkat sedikit semalam walaupun wujud petunjuk berlakunya jualan asing. Kami percaya institusi tempatan akan bertindak mengumpul saham terpilih menjelang musim pelaporan pendapatan bagi suku keempat 2024.

“Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,580-1,590 susulan sentimen pasaran yang kekal agak berhati-hati,” katanya dalam nota penyelidikan firma pembrokeran itu, hari ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank turun empat sen kepada RM10.50, Public Bank rugi dua sen kepada RM4.48 dan IHH Healthcare berkurangan satu sen kepada RM7.27 manakala CIMB dan Tenaga Nasional masing-masing tidak berubah pada RM8.40 dan RM13.94.

Ingenieur Gudang dan Harvest Miracle mendahului kaunter aktif dengan masing-masing kekal mendatar pada enam sen dan 14.5 sen.

MYEG dan Hartalega masing-masing naik tiga sen kepada RM1.06 dan RM2.64 manakala Sarawak Cable menokok satu sen kepada 12 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 2.97 mata kepada 12,001.25, Indeks FBMT 100 susut 5.64 mata kepada 11,710.70 namun Indeks FBM Emas Shariah naik 5.74 mata kepada 11,702.07.

Indeks FBM 70 menokok 59.69 mata kepada 17,596.88 manakala Indeks FBM ACE turun 9.64 mata kepada 5,064.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 22.29 mata kepada 19,351.79, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.04 mata kepada 163.14, Indeks Perladangan susut 17.85 mata kepada 7,412.23 manakala Indeks Tenaga menguncup 0.94 mata kepada 790.84.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIKenny YeeRakuten Trade
Share203ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In