KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) naik 12 peratus kepada RM128.19 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 (tahun kewangan 2024) daripada RM114.44 juta pada tahun sebelumnya.
Menurut kumpulan tersebut, prestasi lebih baik itu disumbangkan oleh bahagian simen yang mendapat manfaat daripada kos yang lebih rendah, diikuti bahagian pembangunan hartanah dan penyelenggaraan jalan raya yang mencatatkan peningkatan dalam margin keuntungan kasar dan bahagian fosfat yang merekodkan kos operasi lebih rendah.
“Prestasi keuntungan lebih baik ini juga didorong oleh kecekapan operasi yang dipertingkatkan di bahagian teras kami, mencerminkan komitmen kumpulan terhadap pengurusan kos yang berkesan dan peningkatan keuntungan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Perolehan, bagaimanapun, sedikit berubah pada kira-kira RM1.20 bilion.
Pada suku keempat berakhir 31 Dis 2024, kumpulan itu mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM65.80 juta berbanding RM35.56 juta pada suku tahun lepas manakala perolehan meningkat kepada RM340.99 juta daripada RM332.81 juta sebelum ini.
Mengenai masa depan, kumpulan itu berkata pihaknya menjangka prestasi yang lebih baik dalam semua segmen perniagaannya berdasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi dan manfaat daripada projek infrastruktur selain persekitaran perniagaan yang stabil pada 2025.
Lembaga Pengarah mencadangkan dividen pertama dan akhir dikecualikan cukai sebanyak 3.0 sen sesaham biasa (2023: 2.0 sen) untuk kelulusan pada mesyuarat agung tahunan yang akan datang.
— BERNAMA
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM
