• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TechStore Tumpukan Pasaran Malaysia Sebelum Berkembang Ke Peringkat Antarabangsa

in Catalyst
A A
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 Feb  (Bernama) — TechStore Bhd yang membuat kemunculan sulung di Pasaran ACE, kini menyasarkan untuk berkembang lebih jauh di Malaysia sebelum mempertimbangkan pengembangan ke peringkat antarabangsa.

Pengarah Urusan Tan Hock Lim berkata penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT) perusahaan itu akan memberi keutamaan untuk mengukuhkan kedudukannya di pasaran tempatan bagi memastikan ia menghasilkan keputusan yang kukuh di Malaysia sebelum mengembangkan perniagaan ke luar negara.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Pada masa ini, kami akan memberi tumpuan kepada pasaran tempatan untuk memastikan kami menghasilkan prestasi yang baik kerana pengembangan ke negara lain memerlukan kami membuktikan kemampuan bagi menyampaikan kerja yang berkualiti dan mendapat pengiktirafan.

“Salah satu rancangan pengembangan kami adalah untuk menubuhkan cawangan di Johor Bahru,” katanya semasa sidang media selepas penyenaraian saham syarikat itu hari ini.

Tan berkata tumpuan segera TechStore adalah untuk melaksanakan projek-projek sedia ada dan memperluaskan keupayaannya, terutamanya dalam penyelesaian keselamatan IT dan automasi.

“Selepas tawaran awam permulaan (IPO), tumpuan kami adalah kepada pertumbuhan dan mendapatkan tempahan. Kami kini mempunyai tempahan tender bernilai RM648 juta,” katanya.

Beliau seterusnya berkata berpindah ke Pasaran Utama merupakan salah satu objektif jangka panjang syarikat.

“Pemindahan ke Pasaran Utama menandakan pertumbuhan. Ini juga akan menjadi salah satu objektif kami, dan apabila tiba masanya, kami akan cuba mendapatkannya,” katanya.

TechStore membuat kemunculan sulungnya pada harga 25.5 sen sesaham, mencatatkan premium sebanyak 5.5 sen, atau 27.5 peratus daripada harga IPO iaitu 20 sen, dengan 27.4 juta saham diniagakan.

Dalam kenyataan berasingan, syarikat itu berkata daripada RM25 juta yang diperoleh melalui IPO, ia memperuntukkan RM11.5 juta (45.9 peratus) sebagai modal kerja, RM2.3 juta (9.2 peratus) untuk perbelanjaan modal bagi peralatan, komputer, perkakasan, dan perisian IT, serta pejabat cawangan baharu di Johor Bahru.

“Sebahagian daripada baki itu akan diperuntukkan untuk membayar pinjaman bank dan membiayai perbelanjaan yang dianggarkan untuk penyenaraian,” tambahnya.

Pada 5 petang, saham TechStore ditutup pada 22 sen, naik dua sen daripada harga IPO, dengan 262.83 juta saham diniagakan.

— BERNAMA

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

DAFTAR SEKARANG!
Tags: Bursa MalaysiaIPOpasaran ACEtechstore
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In