• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Sektor Pilihan Hari Ini: Teknologi [18 Feb 2025]

in Saham
A A
Sektor Teknologi Malaysia Akan Raih Manfaat Ketara Daripada Kebuntuan AS-China
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Kelebihan Malaysia Dalam Perlumbaan Semikonduktor Dunia

  • Saham Pilihan Utama: Malaysian Pacific Industries, CTOS Digital, Coraza Integrated Technology

Baru-baru ini, kami menganjurkan acara siri sektor bersama dengan veteran industri dan CEO EQUVO, Melvin Low. Acara ini dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan, wakil-wakil korporat, pengurus dana, penganalisis dan pakar-pakar industri. Perbincangan tertumpu pada peluang dan cabaran yang dihadapi dalam memajukan sektor semikonduktor Malaysia bagi menggarap trend-trend yang muncul tatkala ketegangan geopolitik kian meruncing.

Empat Naga Asia

Taiwan dan Korea Selatan mendominasi segmen pembikinan wafer dunia dengan menyumbang 70% daripada hasil faundri. Taiwan merupakan peneraju pengeluaran cip canggih, sementara Korea Selatan pula pakar dalam cip logik dan juga memori. Negara-negara ini telah membangunkan ekosistem yang kukuh dan rantai bekalan yang teguh (peralatan, bahan, khidmat sokongan kejuruteraan), dibantu oleh bakat kejuruteraan yang meluas, landskap ekonomi dan politik yang stabil, dan insentif kerajaan yang menggalakkan. Sementara itu, Singapura merupakan tuan rumah kepada beberapa syarikat pembikinan (fab) maju seperti GlobalFoundries and Micron, dan juga pembekal-pembekal peralatan pemprosesan semikonduktor, disebabkan oleh kelompok bakatnya yang besar dan dasar-dasar kerajaan yang memberi sokongan kepada segmen ini.

Negara-negara lain

AS, Jepun dan Eropah giat berusaha untuk menarik syarikat-syarikat semikonduktor untuk membina kemudahan pembikinan. AS memperkenalkan Akta CHIPS dan Sains bagi menggalakkan pembuatan semikonduktor tempatan, manakala Jepun menggunakan sokongan kerajaan dan kerjasama dengan firma-firma seperti TSMC bagi membugarkan industri semikonduktornya. China juga sedang berusaha mengukuhkan keupayaan teknologi majunya dengan membina rantai bekalan dalaman sendiri menerusi pelbagai subsidi kerajaan. Walau bagaimanapun, mereka masih beberapa tahun sehingga sedekad kebelakang sebelum dapat berdikari sepenuhnya dari segi teknologi.

Situasi Malaysia

Malaysia, selaku pangkalan untuk syarikat-syarikat seperti DNeX (SilTerra) dan X-FAB, berpotensi untuk mengembangkan peranannya dalam pembungkusan canggih dan pembuatan semikonduktor, dengan bantuan prasarananya dan tenaga kerja yang mahir. Apabila penyimpangan geopolitik dan rantai bekalan mendorong syarikat-syarikat semikonduktor untuk menerokai lokasi-lokasi baharu, Malaysia berkedudukan baik untuk menguasai bahagian pasaran yang lebih besar. Namun begitu, pelaburan dalam teknologi-teknologi ini memerlukan kesabaran kerana ia biasanya mengambil masa 5-10 tahun untuk memberi pulangan.

Ramuan utama

Untuk menubuhkan dan mengembangkan syarikat-syarikat pembikinan semikonduktor dengan jaya, beberapa sumber penting dan mekanisme sokongan kerajaan harus ada.

  • Pertama, kelompok bakat kejuruteraan yang kukuh adalah mustahak untuk mengekalkan pembuatan canggih bagi mencapai hasil dan usaha R&D yang baik.
  • Dasar-dasar kerajaan seperti subsidi dan cukai pula menambah lagi tarikan pelaburan dengan merendahkan kos operasi.
  • Yang ketiga, utiliti seperti tenaga elektrik dan bekalan air yang tidak terputus dan berharga murah diperlukan untuk menyokong proses-proses pembikinan yang memakan banyak tenaga.

Perang dagangan AS-China

Perang dagangan ini telah mempercepat langkah pemelbagaian rantai bekalan dan mendesak syarikat-syarikat untuk menerokai kawasan-kawasan seperti Asia Tenggara untuk tujuan pembuatan. Perubahan rantai bekalan mempengaruhi pilihan lokasi untuk syarikat-syarikat membuat pelaburan dan mengeluarkan barangan mereka. Bagi mengemudi konflik ini, pendekatan yang seimbang perlu diambil, dengan mengelak kecenderungan berlebihan ke sebelah pihak demi mengekalkan hubungan perdagangan dan kedudukan strategik.

Cabaran

Ketahanan rantai bekalan yang tidak stabil, daya saing dari segi harga, dan kekangan dalam mendapatkan bakat.

Penganalisis
Lee Meng Horng +603 2302 8115 ([email protected])
Miza Izaimi +603 2302 8121 ([email protected])

Baca laporan analisis penuh: Teknologi : Kelebihan Malaysia Dalam Perlumbaan Semikonduktor Dunia (18 Feb 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Technology : Malaysia’s Edge In The Global Semiconductor Race (18 Feb 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.


Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In