• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Johor Plantations Catat Untung Bersih RM257.32 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

in Catalyst
A A
IPO Johor Plantations Berharga 84 Sen Sesaham, Sasar Kumpul RM735 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) — Johor Plantations Group Bhd (JPG) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM257.32 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (TK2024), berbanding RM167.31 juta pada tahun lalu.

Hasil turut naik kepada kepada RM1.52 bilion daripada RM1.25 bilion sebelumnya, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kumpulan berkenaan berkata prestasi yang baik itu dipacu oleh kenaikan 21.7 peratus dalam hasil tahun ke tahun (y-o-y) pada TK2024, meningkat kepada RM1.5 bilion daripada RM1.3 bilion pada TK2023.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Prestasi kukuh kumpulan untuk TK2024 mencerminkan kecemerlangan dalam operasi dan strategi perniagaan yang optimum.

“JPG mencatatkan peningkatan 9.3 peratus tahun ke tahun dalam pengeluaran tandan buah segar kepada 1.1 juta tan dan peningkatan hasil kepada 22.4 tan sehektar pada TK2024,” katanya.

Bagi suku keempat (S4) TK2024, syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM80.51 juta, berbanding RM62.97 juta pada tempoh yang sama bagi TK2023.

Hasil juga meningkat kepada RM464.93 juta pada S4 TK2024, berbanding RM392.27 juta pada S4 TK2023 disebabkan oleh hasil yang lebih tinggi daripada minyak sawit mentah dan isirung sawit.

Sehubungan itu, lembaga pengarah syarikat mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak 2.75 sen sesaham bagi suku berkenaan, menjadikan jumlah dividen bagi tahun itu kepada 5.25 sen sesaham.

JPG berkata kumpulan itu kekal komited untuk menghasilkan produk mampan yang berkualiti tinggi sambil terus memacu kecekapan operasi dengan meningkatkan hasil, kadar perahan minyak dan kecekapan loji, serta mempercepatkan usaha mekanisasi dan pendigitalannya.

Kumpulan itu turut menjangkakan prestasinya pada 2025 adalah memuaskan jika tidak berlakunya sebarang keadaan yang di luar dijangka.

Sementara itu, Pengarah Urusannya Mohd Faris Adli Shukery berkata JPG berada di landasan yang betul untuk mencapai kejayaan dalam perjalanan pertumbuhannya, mengembangkan aliran pendapatan melangkaui sektor huluan.

“Tahun ini, kami kekal teguh dalam komitmen kami untuk meningkatkan hasil. Kami akan terus mengejar kecemerlangan di setiap peringkat, meningkatkan keupayaan teras kami sambil meletakkan diri kami untuk pertumbuhan yang mampan dan merebut peluang-peluang baharu,” tambahnya.

— BERNAMA

Buat duit ketika musim QR!

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

❌ Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

SAYA NAK DAFTAR

Tags: Bursa MalaysiahasilJohor Plantationsminyak sawituntung bersih
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In