• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham Pilihan Hari Ini: Binastra Corp. ($BNASTRA) 17 Feb 2025

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Binastra Peroleh Kontrak Pembinaan Bernilai RM160 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Syarikat Pembinaan Dengan Rekod Kerja Yang Kukuh;
Mula BELI

  • Saranan BELI
  • Harga sasar (TP) RM2.21 diperoleh berdasarkan P/E FY26F 18x
  • Potensi kenaikan harga saham 20% dan
  • Kadar hasil dividen 2% untuk FY26F (Jan)
  • Profil Syarikat

Binastra Corporation ialah sebuah syarikat pegangan pelaburan. Anak syarikat milikan penuhnya, Binastra Builders, memainkan peranan sebagai kontraktor awam dengan lesen G7 bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, dan ia terlibat dalam pembinaan projek bangunan hartanah bertingkat tinggi.

Memulakan liputan kajian dengan saranan BELI, harga sasar (TP) RM2.21 diperoleh berdasarkan P/E FY26F 18x, potensi kenaikan harga saham 20% dan kadar hasil dividen 2% untuk FY26F (Jan). Penilaian ini lebih mahal sedikit berbanding dengan pesaing terdekat Binastra Corporation iaitu Kerjaya Prospek (KPG MK, BELI, TP: RM2.67) pada P/E 17x.

Nilai ini dilihat wajar kerana BNASTRA telah menjalinkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan-pelanggan penting yang mempunyai perancangan projek yang kukuh, di samping langkah pemelbagaian perniagaannya selain projek hartanah bukan kediaman. Saham ini diniagakan pada nilai murah sebanyak P/E FY26F 15x, iaitu lebih rendah daripada P/E hadapan Indeks Pembinaan Bursa Malaysia pada 16x.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

  • Buku pesanan

BNASTRA telah meraih kerja baharu bernilai RM3.1bn pada FY25 (Jan) – iaitu rekod tertinggi berbanding paras penambahan kerja baharunya pada FY22-24 yang tidak pernah melebihi RM1bn. Kenaikan besar jumlah tawaran kerja yang diterima pada FY25 ini kebanyakannya didorong oleh pelanggan-pelanggan penting yang merancang untuk melaksanakan projek-projek dengan jumlah GDV RM6-8bn. Projek-projek ini dijangka akan dilancarkan secara tahunan sepanjang tiga tahun seterusnya.

Selain itu, kami juga mengambil maklum yang kumpulan ini telah memperoleh kerja-kerja bukan kediaman secara berperingkat, seperti pusat data (DC) dan loji rawatan kumbahan pada FY25 bernilai sejumlah sekitar RM1.1bn. Setakat awal bulan Dis 2024, buku pesanan belum bayarnya sebanyak RM3.7bn memberikan nisbah buku pesanan berbanding liputan hasil 8.7x, berbanding purata industri sebanyak 3-4x.

  • Prospek tawaran kerja baharu

Pelanggan-pelanggan utama BNASTRA seperti EXSIM Development (EXSIM) dan Maxim Global (MAXIM MK, TIADA SARANAN) sedang memperluas operasi ke Johor Bahru, dengan projek-projek akan datang (terletak berdekatan stesen Transit Laju (RTS) Bukit Chagar berkemungkinan mencatat GDV melebihi RM5bn – hal ini bermakna BNASTRA dapat menyasarkan untuk meraih kontrak-kontrak bernilai sekurang-kurangnya RM2.5bn.

  • Anggaran perolehan

Kami mengunjurkan CAGR perolehan tiga tahun (FY24-27) sebanyak 161% untuk BNASTRA yang rata-ratanya setara dengan jangkaan pertumbuhan buku pesanannya. Hal ini disokong oleh usaha pengembangan operasi oleh pelanggan-pelanggan pentingnya ke luar Lembah Klang dan langkah pemelbagaiannya dalam projek bukan kediaman. Pelibatan BNASTRA dalam projek pembangunan pelbagai guna yang melibatkan beberapa fasa dianggarkan bernilai kira-kira RM4bn, berdasarkan lima projek pembangunan pelbagai guna yang sedang ia jalankan (Rajah 6). Tambahan itu, hal ini mungkin memberi peluang lebih besar untuk syarikat ini mendapatkan tawaran untuk fasa-fasa seterusnya. Oleh itu, kami menetapkan sasaran penambahan kerja sebanyak RM4bn dan RM3.5bn untuk FY26 dan FY27. Kumpulan ini merancang untuk membayar sekurang-kurangnya 30% daripada perolehan syarikat sebagai dividen mulai FY26F.

  • Usaha ESG

BNASTRA mengutamakan penggunaan semula dan pengitaran semula bahan-bahan binaan berharga seperti batang keluli, kayu balak, konkrit, aluminium dan plastik, selain menggunakan sistem kerja acuan canggih yang mengurangkan pembaziran bahan tetapi mengekalkan kecekapan pembinaan. TP MYR2.21 kami mengambil kira premium ESG 0%, kerana markah ESG-nya 3 setara dengan paras median negara.

  • Risiko-risiko negatif
  • Kegagalan untuk meraih kontrak baharu
  • Kos bahan mentah yang lebih tinggi daripada yang dijangka

Nota: Saham bermodal kecil didefinisikan sebagai syarikat yang bermodal pasaran kurang daripada USD0.5bn.

Penganalisis:
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Baca laporan analisis penuh: Binastra Corporation : Syarikat Pembinaan Dengan Rekod Kerja Yang Kukuh; Mula BELI (17 Feb 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Binastra Corporation : Builder With a Solid Track Record; Initiate BUY (17 Feb 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.


Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: ($BNASTRA)Binastra Corp.rhb research
Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In