• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi beralih kepada rendah kemudiannya, didorong oleh sentimen berhati-hati berikutan prestasi Wall Street yang bercampur-campur pada Jumaat lepas.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas. 

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.88 mata kepada 1,592.48.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 185 berbanding 108 manakala 315 kaunter tidak berubah, 1,700 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 197.34 juta unit bernilai RM80.68 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangka indeks FBM KLCI diniagakan dalam julat 1,585 hingga 1,595 hari ini.

Beliau berkata petunjuk daripada Wall Street bercampur-campur berikutan peniaga memilih untuk tidak mengambil kira data jualan runcit pada Januari yang lebih rendah daripada jangkaan, menunjukkan pengguna mula mengurangkan perbelanjaan.

“Oleh itu, walaupun Nasdaq ditutup positif berikutan permintaan berterusan terhadap saham teknologi, Dow Jones Industrial Average (DJIA) dan Indeks Standard & Poor’s 500 (S&P500) merosot.

“Sementara itu, hasil untuk tempoh 10 tahun Amerika Syarikat (AS) terus susut kepada 4.478 peratus,” katanya kepada Bernama.

Pasaran AS akan ditutup hari ini bersempena cuti umum Hari Presiden.

Thong berkata tumpuan kini pada pertemuan syarikat gergasi teknologi China di Beijing hari ini, yang akan membincangkan trend industri, dasar kerajaan dan potensi kerjasama.

“Walaupun prestasi indeks petunjuk pasaran agak tidak menentu, kami yakin pulangan daripada aktiviti belian di Hong Kong menunjukkan Asia menjadi destinasi pilihan untuk dana asing dan ASEAN akan mendapat manfaat dalam tempoh terdekat,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot empat sen kepada RM10.52, Public Bank berkurangan tiga sen kepada RM4.46 dan Tenaga Nasional susut dua sen kepada RM13.88 manakala CIMB dan IHH Healthcare, masing-masing mendatar pada RM8.35 dan RM7.27.

Harvest Miracle menerajui kaunter aktif, menambah satu sen kepada 16 sen dan Silver Ridge meningkat setengah sen kepada 57.5 sen manakala TWL Holdings mendatar pada 2.5 sen dan Aizo Group berkurangan setengah sen kepada 11 sen.

Richtech Digital yang mula disenaraikan naik 31.5 sen kepada 56.5 sen dengan 19.38 juta saham bertukar tangan.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 23.69 mata kepada 12,082.92, Indeks FBMT 100 merosot 24.77 mata kepada 11,789.18 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 13.38 mata kepada 11,834.13.

Indeks FBM 70 jatuh 58.28 mata kepada 17,812.95, bagaimanapun Indeks FBM ACE naik 0.11 mata kepada 5,134.89.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 1.94 mata kepada 7,456.86 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan mendatar pada 163.99.

Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 69.08 mata kepada 19,273.56 dan Indeks Tenaga berkurangan 2.37 mata kepada 796.18.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIWall Street
Share203ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In