- Saranan BELI dikekalkan
- Harga sasar (TP) baharu MYR5.77 daripada MYR5.75
- Potensi kenaikan harga saham 25%

- Profil Syarikat
Sunway merupakan pemaju yang tersohor di Lembah Klang. Projek utamanya – Bandar Sunway ialah sebuah perbandaran bersepadu yang terkenal. Syarikat ini berjaya mengubah sebuah tanah perlombongan kepada sebuah kluster komersial dan perumahan yang maju.
Kami optimis akan pembangunan pelbagai kegunaan bersepadu baharu milik Sunway di Bukit Chagar, Johor Bahru, dengan GDV bernilai RM2.6bn. Berbekalkan jejak kehadiran yang besar ini di Stesen Rangkaian Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura, Sunway mengukuhkan jejak operasi strategiknya di rangkaian pertama (tambak) dan kedua (melalui projek Sunway City Iskandar Puteri yang sedang berjalan) yang berhubung dengan Singapura. Selain itu, ia juga memiliki dua bidang tanah untuk dibangunkan di Tengah Plantation Close di Singapura berhampiran rangkaian kedua, yang berkedudukan baik untuk menggarap manfaat daripada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
- Perjanjian induk dengan MRT Corp.
Semalam, Sunway mengumumkan yang ia memeterai perjanjian induk dengan MRT Corp membabitkan hak pembangunan yang dianugerahkan oleh MRT Corp untuk tanah seluas 4.23 ekar (untuk empat menara kediaman/komersial), hak untuk membina struktur bertingkat yang merangkumi sebuah pusat beli-belah runcit, tempat letak kereta, kemudahan meletak kereta dan menaiki kereta api, dan juga pembinaan-pembinaan lain yang diperlukan berkaitan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQC). MRT Corp layak menerima jumlah nilai hak pembangunan (DRV) sebanyak RM450.8j.

- Kos tanah yang munasabah dengan nisbah bidang tanah yang tinggi
DRV ini bermakna kos tanah secara kasarnya mencecah RM2,447 bagi setiap kaki persegi (psf). Kami berpendapat harga ini wajar memandangkan nisbah tanah sebanyak 10-12x, lokasi yang strategik dan kesalinghubungan dengan ICQC pada masa akan datang. Tanah seluas 4.23 ekar ini terletak bersebelahan dengan stesen RTS Bukit Chagar yang bakal dibina. Selain untuk tujuan kediaman dan runcit, pembangunan pelbagai kegunaan ini juga mungkin melibatkan komponen kesejahteraan/penjagaan kesihatan dan hospitaliti. Kesemua perkara ini, di samping hubungan antara pelbagai komponen pembangunan, merupakan kepakaran Sunway berdasarkan rekod prestasi kerjanya dalam pembangunan Bandar Sunway di Lembah Klang.
- Ramalan perolehan dikekalkan
Oleh sebab komponen kediaman hanya akan mula dilancarkan pada tahun 2028, kami tidak meminda ramalan perolehan kami. Memandangkan perkembangan ini memberi kenaikan nilai pada RNAV, TP kami yang diperoleh melalui kaedah SOP kini meningkat menjadi RM5.77.
Prospek pertumbuhan di Iskandar Malaysia tetap kukuh. Sunway adalah salah satu syarikat proksi untuk pelaburan hartanah di Iskandar Malaysia. Harga saham yang lemah baru-baru ini memberikan peluang pembelian yang baik untuk para pelabur. Walaupun sentimen pasaran terjejas akibat sekatan cip kecerdasan buatan (AI) oleh AS, prospek pertumbuhan untuk Iskandar Malaysia masih memberangsangkan. Hanya dua hari lalu, AirTrunk mengumumkan rancangan untuk membangunkan pusat data awan yang sedia untuk AI kedua di Iskandar Puteri. Tambahan itu, 16 sektor ekonomi yang akan dimasukkan bawah JS-SEZ patut terus mendorong kemasukan pelaburan asing ke Johor.
ESG. Premium ESG 8% dimasukkan dalam TP kami.
- Faktor pemacu utama
- i. Jualan hartanah baharu;
- ii. Pelupusan hartanah pelaburan.
- Risiko utama
- Keadaan pasaran lebih lemah berbanding jangkaan.

Penganalisis
Loong Kok Wen CFA +603 2302 8116 ([email protected])
Baca laporan analisis penuh: Sunway : Mengukuhkan Jejak Kehadiran Di Pintu Gerbang Singapura (14 Feb 2025)
Laporan Sebelumnya: Sunway : Parc Central Tingkatkan Perolehan 3Q24; Kekal BELI (27 Nov 2024)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Sunway : Establishing a Presence At The Gateway To Singapore (14 Feb 2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Cari Masa & Harga Terbaik Beli Saham, Maksimakan Keuntungan!
Ramai antara kita yang menggunakan Analisis Teknikal dalam membuat keputusan pembelian saham. Namun berapa ramai yang berjaya membuat pembelian pada harga yang TEPAT di waktu yang BETUL?
Selalu TERCIDUK bila membeli saham-saham menggunakan Analisis Teknikal?
Tidak pasti HARGA dan KETIKA pembelian saham dapat jana keuntungan MAKSIMA?
Tahu saham BERPOTENSI tapi masih TAK PASTI…?
E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.
Maksimakan KEUNTUNGAN, Minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?
- Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
- Cari Fasa Paling Selamat
- Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
- Dan banyak lagi !
Nak beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.