• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Dialog Henti Projek Asid Malik Di Pahang, Hapus Kira RM90.7 Juta Perbelanjaan Modal S2 TK 2025

in Catalyst
A A
Untung Bersih Dialog Group Bagi Suku Pertama Susut Kepada RM146.62 Juta

Kredit gambar: Malaysian Reserve

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Dialog Group Bhd, Dialog Malic Acid Sdn Bhd menghentikan projek asid maliknya di Gebeng, Pahang, dengan jumlah perbelanjaan modal yang ditanggung sehingga kini sebanyak RM90.7 juta dihapus kira pada suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 (S2 TK 2025).

Dialog berkata dalam makluman kepada Bursa Malaysia bahawa anak syarikat itu telah mendapat kelulusan lembaga untuk menghentikan kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan projek asid malik di Kompleks Bahan Kimia BASF Petronas.

Pada 2023, Dialog mengambil keputusan untuk melabur dalam loji kimia khusus hiliran yang menghasilkan asid malik di Kuantan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ia berkata sejak September 2023, harga asid malik di seluruh Asia Tenggara menurun sebanyak 20 hingga 30 peratus, terutamanya disebabkan oleh lebihan bekalan.

Di samping itu, ketidaktentuan yang berterusan dan pasaran bahan kimia global yang mencabar, serta persekitaran makroekonomi yang tidak menentu, menyebabkan Dialog membuat keputusan strategik untuk menghentikan projek ini.

“Penamatan projek itu akan menjejaskan pendapatan kami pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025,” katanya.

Bagaimanapun, ia tidak dijangka mempunyai sebarang kesan material ke atas aset bersih, penggearan, modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang utama Dialog untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.

— BERNAMA

Tags: Dialog GroupDialog Malic Acid Sdn Bhd
Share225ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In