• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Binastra Raih Projek Pembinaan Pusat Data Bernilai RM250.37 Juta

in Catalyst
A A
Binastra Peroleh Kontrak Pembinaan Bernilai RM160 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) — Binastra Corp Bhd’s (Binastra), melalui anak syarikat milik penuhnya Binastra Builders Sdn Bhd meraih projek pembinaan pusat data bernilai RM250.37 juta di Cyberjaya, Selangor daripada MYT DC3 Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Binastra berkata kontrak itu akan bermula pada 26 Feb, 2025, dan akan disiapkan mengikut beberapa bahagian antara 15 Jun, 2025 dan 15 Dis, 2025.

Ia berkata kontrak itu dijangka menyediakan aliran pendapatan tambahan untuk kumpulan berkenaan pada tahun kewangan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Binastra Corp berkata pembinaan pusat data enam tingkat untuk AIMS Group menunjukkan pencapaian pertamanya untuk tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2026 (TK2026).

AIMS Group merupakan penyedia pusat data neutral pembawa yang berteraskan ekosistem di Asia Tenggara.

Pengarah Urusan Binastra Group Datuk Jackson Tan Kak Seng berkata projek pusat data baharu itu menjadikan jumlah nilai kontrak pusat data yang diperoleh oleh kumpulan itu kepada RM1.24 bilion.

“Secara ketara, projek-projek kami kekal kukuh di tengah-tengah perbincangan terkini mengenai kesan ketersediaan cip kecerdasan buatan untuk pusat-pusat data tempatan.

“Jumlah projek sedia ada yang stabil mencerminkan keupayaan Binastra untuk memenuhi permintaan yang berkembang di pasaran Lembah Klang, menggabungkan kepakaran teknikal dengan komitmen terhadap penyelesaian yang cekap tenaga dan mampan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Binastra BuildersBinastra Corppusat data
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In