• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, November 28, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Data Ekonomi AS, Prospek Tarif Heret Turun Bursa Malaysia Pada Sesi Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan selama empat hari berturut-turut pada sesi awal Isnin yang menjejaki aktiviti jualan ketara di Wall Street pada Jumaat lepas ketika pelabur bersiap sedia menunggu pengumuman data penting ekonomi Amerika Syarikat (AS) selain kekal gusar dengan dasar tarif Presiden Donald Trump.

Pada jam 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.43 mata kepada 1,584.48 daripada 1,590.91 pada akhir urus niaga Jumaat. Indeks penanda aras itu dibuka susut 3.26 mata pada 1,587.65.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 213 berbanding 118 dengan 279 kaunter tidak berubah, 1,720 tidak didagangkan dan 22 digantung.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Jumlah dagangan sebanyak 216.43 juta unit bernilai RM87.79 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata sentimen di AS kini semakin berhati-hati di tengah-tengah andaian tekanan inlfasi yang semakin ketara.

Ini dapat dilihat daripada kelembapan pekerjaannya walaupun kadar pengangguran susut serta pertumbuhan gaji atau upah yang lebih mengukuh.

Selain itu, Trump juga dilaporkan sedang mempertimbangkan tarif baharu sebanyak 25 peratus ke atas import keluli dan besi yang dijangka diumumkan pada lewat hari ini.

“Minggu ini, peniaga akan memantau rapat data utama, termasuk Indeks Harga Pengeluar dan Indeks Harga Pengguna serta jualan runcit,” katanya.

Di peringkat  tempatan, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks FBM KLCI diunjur dalam julat 1,585-1,595.

“Kami percaya dana asing mungkin kembali memasuki pasaran berikutan indeks itu mampu meningkat kepada 1,590 minggu lepas.

“Walaupun jumlah dagangan harian kekal lemah, kami berharap keadaan akan bertambah baik apabila dana asing kembali memasuki pasaran,” katanya.

Beliau berkata lonjakan harga minyak sawit mentah yang melebihi RM4,500 satu tan dan prestasi sektor perladangan juga dijangka menjadi tumpuan.

Saham wajaran tinggi menyaksikan CIMB susut 10 sen kepada RM8.29, YTL Power dan Tenaga Nasional masing-masing turun lapan sen kepada RM3.36 sen dan RM13.66, Gamuda turun 11 sen kepada RM4.45 dan YTL merosot tiga sen kepada RM1.99.

Selain itu, Colform Group yang baru disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia, mendahului saham paling aktif dengan menokok dua sen kepada 38 sen, diikuti oleh TWL Holdings dan Data Sonic, yang mendatar pada 2.5 sen dan 40 sen manakala Harvest Miracle Capital meraih satu sen kepada 18 sen dan Asia Poly naik setengah sen pada 13 sen.

Di papan indeks pula Indeks FBM susut 38.17 mata kepada mata kepada 12,111.36, Indeks FBMT 100 turun 41.88 mata kepada 11,798.18 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 32.12 mata kepada 11,953.52.

Indeks FBM ACE turun 2.02 mata kepada 5,258.33 dan Indeks FBM 70 merosot 40.49 mata kepada 17,993.04.

Bagi sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun sebanyak 60.07 mata kepada 19,173.37, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.27 mata kepada 166.24, Indeks Perladangan meningkat 8.04 mata kepada 7,461.94 manakala Indeks Tenaga meraih 0.19 mata kepada 826.63.

— BERNAMA

Tags: ASBursa Malaysiasesi awal
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In