Pada tahun 2024, Bursa Malaysia sangat cemerlang dengan penyenaraian 55 buah syarikat di Bursa Malaysia. Daripada 55 IPO tersebut, 11 buah syarikat disenarai di Papan Utama, 40 buah syarikat disenarai di Papan Ace dan 4 lagi disenarai di Papan Leap.
Bursa Malaysia tidak akan berhenti malah jangkaan sebanyak 60 IPO disenarai pda tahun ini. Anggaran modal pasaran kesemua IPO tersebut adalah sekitar RM40.2 bilion.

Baca: Bursa Malaysia Jangka 60 IPO Disenarai Pada 2025 Dengan Permodalan Pasaran RM40.2 Bilion
Menurut laporan EY Global IPO Trends 2024, persekitaran ekonomi global yang optimis dan kecairan pasaran yang tinggi menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan pasaran IPO global.
Keperluan syarikat untuk mendapatkan pembiayaan serta melaksanakan transformasi perniagaan dijangka turut menjadi faktor utama yang mendorong peningkatan aktiviti IPO, termasuk di Malaysia.
IPO Yang “Hype” Pada Tahun 2024
Hype bermaksud keterujaan atau gembar-gembur yang tercipta dan menarik perhatian ramai terhadap sesuatu perkara, produk, atau peristiwa. Namun, hype tersebut tidak menjamin yang IPO tersebut akan naik. Ada juga IPO yang mendapat hype yang tinggi namun prestasinya tidaklah setara dengan minat orang ramai terhadap IPO tersebut.
Seperti setiap tahun, pelabur sering ternanti-nanti apakah IPO yang bakal disenaraikan pada tahun tersebut.
Pada tahun lepas, antara IPO yang mendapat perhatian adalah seperti Prolintas, 99 Speedmart, UUE Holdings, Master Tec, Johor Plantations dan beberapa lagi.
IPO Yang “Hype” Pada Tahun 2025
Dalam pemerhatian kami, terdapat beberapa IPO yang dijangka hype pada tahun ini. Salah satu daripadanya adalah Oriental Kopi yang telah disenaraikan.
Selain itu, bakal IPO yang dijangka akan menarik minat orang ramai untuk memohon adalah:
- Cuckoo International (Malaysia) Berhad
Siapa tidak kenal dengan Cuckoo. Majoriti rakyat Malaysia akan kenal dengan Cuckoo kerana hampir setiap isi rumah memiliki penapis air jenama ini.
Mereka merancang untuk mengumpul dana IPO sebanyak RM750 juta pada tahun ini. Nilai Cuckoo International Malaysia Berhad dijangka sebesar RM3 bilion.
Cuckoo International diasaskan pada tahun 2014 untuk mengedarkan periuk nasi dan penapis air di Malaysia, dan rangkaian produknya telah berkembang merangkumi produk seperti penapis udara serta perkakas dapur dan rumah.

Permohonan untuk memohon IPO Cuckoo di MITI telah tamat pada 2 Februari 2025. Kita perlu menunggu untuk IPO ini ditawarkan kepada pelabur awam untuk orang ramai memohonnya kelak.
Memandangkan ramai pelabur kenal dengan jenama ini, ia dijangka mendapat perhatian para pelabur untuk memohon IPO ini.
- Sunway Healthcare Group

Sunway Bhd telah memulakan proses IPO bagi unit perubatan, Sunway Healthcare Group. Maybank Investment Bank Bhd dan AmInvestment Bank Bhd adalah penasihat utama, manakala Affin Hwang Investment Bank Bhd dan CIMB Investment Bank Bhd telah disenaraikan sebagai pemandu buku bersama. HSBC, UBS, dan Jefferies telah disenaraikan sebagai pemandu global bersama.
Ini menunjukkan strategi untuk menarik lebih banyak pelabur asing dan mencapai penilaian yang lebih tinggi.
Ditubuhkan pada tahun 1999 oleh konglomerat Malaysia, Sunway Group, Sunway Healthcare kini mempunyai tiga hospital di Malaysia dengan kapasiti gabungan kira-kira 1,730 katil dan lebih daripada 400 pakar perunding.
IPO Sunway Healthcare Group bertujuan untuk memperluas rangkaian hospitalnya kepada 3,000 katil menjelang tahun 2030. IPO dijangka akan memberikan penilaian yang tinggi kepada kumpulan, mengikut transaksi perubatan terkini di Malaysia.
Penyenaraian Sunway Healthcare ini dianggar bernilai RM3-4 bilion.
- MMC Port Holdings Berhad

IPO MMC Port Holdings Berhad dijangka akan meraih lebih RM6 bilion yang mana ia dikatakan bakal menjadi IPO terbesar di Malaysia dalam tempoh sedekad. Penyenaraian itu dianggarkan memberi penilaian lebih RM25 bilion kepada MMC Port.
Port MMC adalah pengendali pelabuhan terbesar di Malaysia dan merupakan anak syarikat milik penuh MMC Corp, sebuah kumpulan utiliti dan infrastruktur yang dikawal oleh taikun Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, menurut laman webnya.
Ia mengendalikan lima pelabuhan di seluruh semenanjung Malaysia. Kesemuanya terletak di sepanjang Selat Melaka, salah satu laluan perkapalan tersibuk di dunia.
Lima pelabuhan tersebut adalah terletak di:
- Terminal jeti di Johor
- Pelabuhan Klang
- Perkhidmatan pemindahan kapal ke kapal di Pelabuhan Yan di Kedah
- Terminal pelancongan di Pulau Pinang
- Terminal pelancongan di Langkawi
Tahukah anda yang MMC Corp pernah disenaraikan sebelum ini iaitu daripada tahun 1977 sehingga 2021? Pengeluaran syarikat daripada Bursa Malaysia berlaku selepas para pemegang saham meluluskan pengurangan modal saham yang dicadangkan oleh Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd.
Langkah pengeluaran MMC dari Bursa Malaysia adalah langkah awal kepada penyenaraian aset pelabuhannya pada masa akan datang.
Seaport, yang memiliki 51.76% atau 1.58 bilion saham dalam MMC, telah mencadangkan latihan korporat ini pada harga RM2 sesaham.
IPO ini dijangka dilaksanakan pada separuh kedua tahun ini atau pada tahun 2026.
Jadi, IPO yang mana menarik pilihan anda?
*Sila semak status patuh syariah IPO sebelum memohon.
Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!