• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Teruskan Prestasi Positif

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis meneruskan prestasi positifnya dengan aktiviti belian diterajui kaunter produk perindustrian dan pembinaan, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.34 mata kepada 1,575.85, daripada paras penutup 1,574.51 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.92 mata kepada 1,576.43.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 152 berbanding 88, manakala 276 kaunter tidak berubah, 1,785 tidak diniagakan dan 12 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 152.39 juta unit bernilai RM91.08 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata, FBM KLCI mengekalkan prestasi meningkatnya untuk ditutup melepasi paras 1,570 pada Rabu, menunjukkan tidak berlaku jualan asing buat masa ini.

“Kami masih yakin aliran dana dari luar negara akhirnya akan tiba di Asia, memandangkan penilaian wajar yang mana nisbah risiko-ganjaran berkedudukan lebih baik.

“Namun kita masih perlu melihat sama ada pengumpulan saham ketika ini akan berterusan, justeru, kami menjangkakan indeks petunjuk pasaran berlegar dalam jajaran 1,570-1,580 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Di pasaran luar negara, beliau berkata Wall Street ditutup tinggi disokong oleh keputusan pendapatan kukuh daripada syarikat berasaskan teknologi selain para peniaga tidak mengambil kira ketidakpastian berhubung kenaikan tarif.

Bagaimanapun, Indeks Hang Seng Hong Kong mencatatkan penurunan hampir 200 mata apabila sentimen terjejas oleh ketidaktentuan tarif Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang berterusan.

Di pasaran tempatan, saham wajaran tinggi Petronas Chemicals dan YTL Power International meningkat 4.0 sen masing-masing kepada RM4.37 dan RM3.21, Gamuda naik 7.0 sen kepada RM4.45, Tenaga meningkat 6.0 sen kepada RM13.68 dan Maxis menambah 2.0 sen kepada RM3.53.

Northern Solar menerajui senarai saham paling cergas, meningkat sebanyak 29 sen kepada 92 sen, dan MYEG menambah setengah sen kepada 97.5 sen, manakala Harvest Miracle Capital, Vinvest Capital, dan TWL masing-masing tidak berubah pada 19.5 sen, 8.0 sen dan 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 12.52 mata kepada 12,036.27, Indeks FBMT 100 meningkat 12.11 mata kepada 11,727.98 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 19.87 mata kepada 11,890.91.

Indeks FBM ACE meningkat 13.23 mata kepada 5,300.74 manakala Indeks FBM 70 menokok 26.70 mata kepada 17,862.70.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan sebanyak 9.48 mata kepada 19,052.25 dan Indeks Perladangan susut 5.42 mata kepada 7,425.83, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.56 mata kepada 165.77 dan Indeks Tenaga naik 1.16 mata kepada 822.70. 

— BERNAMA

Tags: belianbukaBursa Malaysiadana asingFBM KLCI
Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In