• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Belian Saham Mewah Terpilih

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) —  Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dipacu oleh belian saham wajaran tinggi terpilih dan saham pembinaan, kata  penganalisis.

Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.76 mata kepada 1,565.32 daripada 1,564.56 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.07 mata kepada 1,565.63.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 141 berbanding 75 manakala 205 kaunter kekal tidak berubah, 1,897 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 147.57 juta unit bernilai RM66.96 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata memandangkan penurunan dalam sektor pembinaan sejak bulan lepas, ia akan menyebabkan aktiviti belian saham semasa harga murah untuk industri itu, disokong oleh inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) dan pembangunan pesat pusat data di negara ini.

“Walaupun peniaga berhati-hati terhadap kaunter sarung tangan berikutan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menangguh pelaksanaan tarif terhadap Mexico dan Kanada, kami percaya pelabur mungkin menunggu disebabkan pengumuman pendapatan semakin hampir, selain itu kami juga menjangkakan pertumbuhan dalam pendapatan mereka,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Ia berkata peniaga akan terus memantau Indeks Pengurus Pembelian (IPP nukan Pembuatan ISM), IPP Perkhidmatan Global S&P dan IPP Perkhidmatan Caixin China hari ini untuk mengatur langkah seterusnya.

Di pasaran saham tempatan, firma pembrokeran itu menyarankan Oriental Kopi kerana potensi pertumbuhannya yang pesat, pemindahan syarikat itu ke pasaran utama dan status shariah yang dijangkakan memberi petunjuk positif.

Dari segi teknikal, ia menjangka rintangan berada di sekitar 1,579-1,584 manakala sokongan diunjurkan pada 1,544-1,549.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional meningkat 10.0 sen kepada RM13.64, Gamuda naik 5.0 sen keada RM4.23, YTL Corporation and Maxis menambah 2.0 sen, masing-masing kepada RM1.90 dan RM3.55 manakala Public Bank melonjak 1.0 sen kepada RM4.41.

Bagi saham aktif, Harvest Miracle Capital menokok 1.0 sen kepada 20.5 sen dan Oriental Kopi melonjak 0.5 sen kepada 92 sen sementara Advance Synergy, Bintai Kinden dan Velesto Energy tidak berubah masing-masing pada 9.5 sen, 10 sen dan 18 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 17.82 mata kepada 11,952.65,  Indeks FBMT 100 menambah 16.66 mata kepada 11,648.32, Indeks FBM Emas Shariah naik 29.57 mata kepada 11,784.34  Indeks FBM ACE meningkat 21.59 mata kepada 5,239.68 dan Indeks FBM 70 naik 68.40 mata kepada 17,736.26.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 28.29 mata kepada 18,998.96,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.12 mata kepada 164.62, Indeks Perladangan meningkat 13.54 mata kepada 7,386.62 manakala Indeks Tenaga susut 3.56 mata kepada 816.95.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCI
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In