fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham Pilihan Hari Ini: DXN Holdings ($DXN)

in Catalyst, Saham, Trading Idea
A A
DXN Bakal Teroka Pasaran Brazil, Kukuh Operasi Di Amerika Latin

DXN Holdings Bhd founder Datuk Lim Siow Jin (right) and executive chairman Teoh Hang Ching during DXN Holdings Berhad pre-public listing press interview —SHAARI CHEMAT /The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp
  • Saranan BELI (28 Jan 2025)
  • Harga sasar (TP) MYR0.88 dikekalkan, harga saham berpotensi menaik 74%
  • Kadar hasil dividen FY26F (Feb) sekitar 8%
  • Profil Syarikat

DXN Holdings terlibat dalam penjualan barangan pengguna berasaskan kesihatan dan kesejahteraan melalui model penjualan langsung. Kegiatan perniagaan lain
termasuklah menjalankan perkhidmatan pengujian makmal untuk pihak ketiga, menawarkan produk gaya hidup sihat, dan mengurus kafe.

Keputusan 9MFY25 dilihat menepati jangkaan yang ditetapkan. Pada hemat kami, strategi yang dilaksanakan oleh DXN Holdings untuk menembusi pasaran-pasaran sedia ada dengan lebih mendalam, dan pengembangan ke pasaran baharu patut terus memacu pertumbuhan, dengan sokongan pelancaran barangan baharu. Penilaian saham ini tampak amat menarik apabila mempertimbangkan model perniagaan yang berkesan, pengembangan ke pasaran Brazil sebagai faktor pendorong pertumbuhan untuk jangka sederhana dan kunci kira-kira yang kukuh (tunai bersih 9MFY25: RM562j atau 11.2 sen/sesaham) yang membolehkan bayaran dividen lumayan.

  • Keputusan 9MFY25 mencapai jangkaan

Untung bersih teras bernilai RM241 juta (-5% YoY) merangkumi 73% dan 72% anggaran kami dan konsensus. DPS interim ketiga sebanyak 1 sen diumumkan, maka bayaran dividen untuk 9MFY25 mencecah 2.7 sen (9MFY24: 2.6 sen), iaitu menyamai ramalan kami.

Berkaitan

Eco Shop Dibuka Naik 10% Ketika Penyenaraian, Berbanding Tawaran IPO Pada RM1.13

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

  • Ulasan keputusan

Secara YoY, hasil 9MFY25 meningkat 9% kepada RM1.4 bilion, didorong oleh pertumbuhan kukuh dalam pasaran-pasaran operasi utama, termasuk Peru, Bolivia dan Turki berikutan barangan baharu yang dilancarkan dengan jayanya. Namun begitu, untung bersih teras 9MFY25 jatuh 5% menjadi RM241 juta akibat terjejas oleh kerugian FX besar yang dicatat pada 2QFY25 dan kenaikan kos pengangkutan oleh sebab kadar penghantaran lebih mahal.

Secara QoQ pula, hasil 3QFY25 dilihat menurun sedikit iaitu pada RM486 juta kerana pertumbuhan jualan berkesan dilitupi oleh kesan kadar FX yang merugikan. Walau bagaimanapun, perolehan teras 3QFY25 melakar lantunan mendadak daripada asas rendah pada 2QFY25 yang berdepan dengan kerugian FX besar. Tambahan itu, kadar penghantaran menurun daripada paras puncak pada 2QFY25, maka kos pengangkutan jatuh 23%.

  • Prospek

Kami berpendapat pertumbuhan perolehan DXN akan disokong oleh momentum pertumbuhan yang berterusan dalam pasaran-pasaran utama.
Strategi terasnya untuk mengambil ahli-ahli baharu dan meningkatkan tahap pengeluaran ahli-ahli tersebut akan terus membabitkan usaha libat urus dengan ahli, selain disokong oleh pelancaran barangan baharu yang berkualiti. Sementara itu, pengembangan kapasiti baru-baru ini patut membantu menggarap permintaan yang kian tinggi dan melancarkan kategori barangan baharu untuk memperluas pasaran yang boleh dicapai. Tambahan lagi, kecekapan pengeluaran yang meningkat, di samping penyelarasan harga tahunan akan mengekalkan GPM pada paras tinggi iaitu sekitar 80%, meskipun kos input dan overhed kian menaik.

Selain itu, kami menanti-nantikan hasil kemasukan syarikat ini ke pasaran Brazil yang memanfaatkan rangkaian kukuhnya yang sedia ada di rantau Amerika Latin. Kami jangkakan sumbangan perolehan yang besar daripada usaha niaga ini dalam tempoh 3-4 tahun.

  • Risiko

Risiko terhadap saranan kami ialah kelewatan besar dalam pelaksanaan pelan pengembangan dan pindaan dasar yang merugikan.

ESG. Diskaun ESG 2% termasuk dalam TP kami yang diperoleh melalui kaedah DCF.

  • Faktor pemacu utama

  • i. Usaha niaga dalam pasaran baharu;
  • ii. Pelancaran produk berinovasi;
  • iii. Pengembangan keupayaan operasi.

  • Risiko utama

  • i. Pelan pengembangan berdepan kelewatan besar;
  • ii. Perubahan dari segi dasar tidak menguntungkan;
  • iii. Risiko negara.

Penganalisis: Soong Wei Siang +603 2302 8130 ([email protected])

Baca laporan analisis penuh:  DXN Holdings : Lantunan Perolehan QoQ Yang Mendadak; Kekal BELI (28 Jan 2025)

Laporan Sebelumnya: DXN Holdings : Kenaikan Kos Jejaskan Perolehan; Kekal BELI (25 Okt 2024)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: DXN Holdings : A Sharp QoQ Earnings Rebound; Keep BUY (28 Jan 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

  • Panduan RHB untuk Penarafan Pelaburan
  • Beli: Harga saham mungkin melebihi 10% dalam 12 bulan seterusnya
  • Beli Jangka Pendek: Harga saham mungkin melebihi 15% dalam 3 bulan seterusnya, tetapi prospek jangka panjang kekal tidak menentu.
  • Neutral: Harga saham mungkin jatuh dalam julat +/-10% dalam 12 bulan
  • Ambil Untung : Harga sasar sudah tercapai. Sedia untuk kumpul pada aras lebih rendah.
  • Jual: Harga saham mungkin jatuh lebih daripada 10% dalam 12 bulan seterusnya
  • Tiada saranan: Saham di luar lingkungan kajian biasa

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.


Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.

Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.

Mulakan sekarang.

Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab


Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :

1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti

Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.

Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Tags: Bursa MalaysiaDXNQuarter Report
Share215ShareSend

Related Posts

10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Eco-Shop Marketing Berhad
Saham

Eco Shop Dibuka Naik 10% Ketika Penyenaraian, Berbanding Tawaran IPO Pada RM1.13

12 hours ago
Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

13 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

15 hours ago
AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In