Sorotan Kewangan & Pasaran Utama
- Keuntungan Selepas Cukai, Zakat dan Kepentingan Minoriti (PATAMI): RM310.1 juta, meningkat 22.9%
- Pulangan Ke Atas Ekuiti: 37%, meningkat 6 mata peratusan
- Pendapatan Asas Sesaham: 38.3 sen, meningkat 7.1 sen
- Hasil Operasi: RM757.7 juta, meningkat 27.8%
- Perbelanjaan Operasi: RM373.4 juta, meningkat 26.8%
- Nisbah Kos-Kepada-Pendapatan: Stabil pada 48%
- Nilai Perdagangan Harian Purata bagi Perdagangan Pasaran Sekuriti Secara Pasaran: RM3.2 bilion, meningkat 52.9%
- Modal Pasaran: RM2.1 trilion pada 31 Disember 2024, meningkat 15.8%
- Kecairan Pasaran Sekuriti: 39%, meningkat 10 mata peratusan
- Kontrak Harian Purata Diperdagangkan untuk Pasaran Derivatif: 92,106 kontrak, meningkat 26.4%
- Nilai Perdagangan Harian Purata Bursa Suq Al-Sila’: RM41.3 bilion, menurun 8.4%
Segmen tersebut menyumbang kepada pertumbuhan 27.8 peratus dalam hasil operasi kepada RM757.7 juta pada Tahun Kewangan 2024.
Keseluruhannya, hasil naik kepada RM784.30 juta daripada RM616.49 juta.
Bursa Malaysia dalam satu kenyataan berkata pasaran sekuriti mencatatkan hasil dagangan sebanyak RM381.5 juta berbanding RM266.6 juta pada Tahun Kewangan 2023 (TK2023) peningkatan 43.1 peratus disebabkan purata nilai dagangan harian (ADV) yang tinggi bagi dagangan dalam pasaran (OMT) dan dagangan perniagaan langsung (DBT).
“Halaju dagangan meningkat sebanyak 10 mata peratusan kepada 39 peratus pada TK2024 berbanding 29 peratus pada TK2023.
“Tiga hari dagangan tambahan pada TK2024 juga menyumbang kepada peningkatan hasil dagangan,” katanya.
Bagi pasaran derivatif, hasil dagangan menyaksikan peningkatan 27 peratus kepada RM113.8 juta daripada RM89.6 juta pada TK2023, didorong oleh jumlah dagangan niaga hadapan minyak sawit mentah dan kontrak Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI yang lebih tinggi.
Di Pasaran Islam, Bursa Malaysia berkata hasil operasi berkembang 4.9 peratus kepada RM17.9 juta pada TK2024, meningkat daripada RM17.1 juta sebelum ini disokong oleh hasil daripada perniagaan baharu, Bursa Gold Dinar.
Selain itu, hasil perniagaan data meningkat kepada RM78.3 juta pada TK2024, naik 15.1 peratus daripada RM68 juta pada tahun sebelumnya, disumbang terutamanya oleh pertambahan bilangan pelanggan.
Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar menyifatkan 2024 sebagai tahun yang memberangsangkan bagi pasaran modal ekuiti Malaysia, dengan FBM KLCI meningkat sebanyak 12.9 peratus, meletakkan Bursa Malaysia sebagai salah satu pasaran mencatatkan prestasi tinggi di ASEAN.
“Pencapaian ini membawa kepada keseluruhan permodalan pasaran melepasi paras RM2 trilion pada Mei 2024 buat kali pertama,” katanya.
Beliau berkata Bursa Malaysia juga muncul sebagai bursa saham utama bagi tawaran awam permulaan (IPO) di ASEAN, dengan 55 penyenaraian baharu yang secara kolektif meraih RM7.4 bilion, menyumbang kepada jumlah permodalan pasaran IPO sebanyak RM31.4 bilion.
“Angka ini adalah bukti keyakinan syarikat dan juga pelabur terhadap bursa sebagai platform yang dipercayai untuk pengumpulan dana dan pelaburan,” kata Abdul Wahid.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift berkata perkembangan global dan tempatan yang berterusan terus memacu aliran pelaburan yang meningkatkan aktiviti dalam Pasaran Sekuriti dan Derivatif serta permintaan terhadap perkhidmatan kami.
“Pada TK2024, kami mewujudkan struktur bagi pertumbuhan jangka panjang, termasuk kejayaan pelancaran dana dagangan bursa berciri wakaf pertama di dunia, mencerminkan komitmen kami untuk menawarkan pilihan pelaburan inovatif yang turut memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.
Muhamad Umar berkata Bursa Malaysia menyasar meningkatkan lagi kemajuan ini untuk terus membangunkan Pasaran Islam kami dengan produk dan perkhidmatan patuh Syariah baharu sambil mengembangkan bilangan pelabur bagi platform seperti Bursa Gold Dinar.
“Usaha ini akan mewujudkan penjajaran yang lebih besar antara pelaburan Syariah dan pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab,” katanya.
Sementara itu, Bursa Malaysia meluluskan dan mengisytiharkan dividen akhir sebanyak 18.0 sen sesaham untuk TK2024, ditambah dengan dividen khas sebanyak 8.0 sen sesaham dengan pengagihan sebanyak RM210.4 juta.
Digabungkan dengan dividen interim sebelumnya, jumlah dividen berjumlah 36.0 sen sesaham, mewakili nisbah pembayaran sebanyak 93.9 peratus untuk tahun tersebut.
— BERNAMA
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM
