fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Icon Offshore Terima Persetujuan Pemegang Saham Bagi Ambil Alih Saham, Perubahan Nama

in Catalyst
A A
Unit Icon Offshore Peroleh Kontrak Sedia Pelantar Penggerudian Petrofac Bernilai US$13.3 Juta

Kredit Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — Icon Offshore Bhd menerima kelulusan pemegang saham bagi cadangan pengambilalihan saham tujuh syarikat bernilai RM403.5 juta serta saranan pertukaran nama kepada Lianson Fleet Group Bhd (LFG).

Cadangan berkenaan meliputi pengambilalihan pegangan ekuiti dalam Liannex Fleet Pte Ltd (100 peratus), Yinson Power Marine Sdn Bhd (51 peratus), Regulus Offshore Sdn Bhd (70 peratus) dan Yinson Camellia Sdn Bhd (100 peratus).

Penyedia perkhidmatan sewaan kapal dan pengurusan kapal itu turut bercadang untuk mengambil alih 49 peratus daripada Icon Bahtera (B) Sdn Bhd dan 15 peratus daripada Icon Waja (L) Inc sekali gus mendapat kawalan sepenuhnya ke atas syarikat-syarikat ini.

Berkaitan

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

Pengambilalihan itu akan diselesaikan sepenuhnya melalui terbitan 458.5 juta saham biasa baharu LFG pada harga RM0.88 sesaham.

“Ini akan meningkatkan saiz kumpulan kapal LFG dengan penambahan 40 aset marin. Pengambilalihan itu, yang dijangka selesai pada awal Februari 2025 menunjukkan pencapaian penting LFG.

“Ia sejajar dengan matlamat strategik jangka panjangnya untuk memperkukuh asas aset dan meningkatkan keupayaan menyeluruhnya dalam perkhidmatan marin, tenaga dan pengangkutan luar pesisir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Cadangan perubahan nama kepada Lianson Fleet Group Bhd mencerminkan komitmen syarikat untuk memperteguh kehadiran di pasaran di samping seiring dengan aktiviti perniagaan yang diperluaskan.

“Kumpulan ini berusaha untuk mengukuhkan pengiktirafan jenama dan meningkatkan kedudukan sebagai kuasa utama dalam sektor marin luar pesisir, tenaga dan perkhidmatan pengangkutan yang dinamik.

“Perubahan ini membuktikan pendekatan masa hadapan kumpulan dan komitmen untuk memacu pertumbuhan mampan jangka panjang terhadap pihak berkepentingan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutifnya Lim Chern Wooi berkata sokongan padu daripada pemegang saham mencerminkan keyakinan mereka terhadap visi strategik baharu kumpulan dan langkah berani yang diambil untuk mengangkat LFG ke tahap lebih tinggi.

“Pengambilalihan ini menandakan pencapaian transformasi yang akan meningkatkan keupayaan kumpulan kapal kami yang ketara dan memperluas kehadiran kami di pasaran.

“Dengan mengintegrasikan aset strategik ini, kami dengan giat meletakkan diri untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan yang lebih luas dan mengukuhkan kedudukan sebagai pemain utama dalam industri marin luar pesisir, tenaga dan perkhidmatan pengangkutan,” katanya.

Lim berkata pengambilalihan ini serta identiti jenama baharu adalah sebahagian daripada pendekatan holistik untuk memacu pertumbuhan mampan, kecemerlangan operasi dan penciptaan nilai jangka panjang untuk pihak berkepentingan berikutan kumpulan memanfaatkan peluang baharu.

— BERNAMA

Tags: Icon OffshoreLianson Fleet Grouppengambilalihan
Share212ShareSend

Related Posts

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

13 hours ago
AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

1 day ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

1 day ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In