fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, didorong oleh kekurangan pemangkin baharu dan sentimen berhati-hati menjelang minggu dagangan yang singkat berikutan cuti sempena perayaan.  

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.73 mata kepada 1,569.00 daripada 1,573.73 pada Jumaat lepas.  

Pada sesi pembukaan, indeks petunjuk pasaran berkurangan 0.42 mata kepada 1,573.31.  

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Melantun, Akhiri Penyusutan Dua Hari

Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 262 berbanding 73 manakala 244 kaunter tidak berubah, 1,769 tidak diniagakan dan 60 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 161.03 juta saham bernilai RM79.31 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mencatatkan penurunan pada Jumaat lepas apabila ketiga-tiga indeks utama ditutup rendah selepas meningkat yang dipacu oleh saham teknologi.

“Di peringkat tempatan, FBM KLCI mencatatkan prestasi tidak menentu, ditutup di bawah paras 1,575 minggu lepas, berkemungkinan terjejas oleh jualan asing.

“Kenaikan yang dinanti-nantikan menjelang Tahun Baharu Cina mungkin sukar dicapai buat masa ini. Bagaimanapun, Moody’s yang mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada ‘A3’ – tahap sederhana atas dengan risiko kredit rendah – menunjukkan negara kekal sesuai untuk pelaburan,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot empat sen kepada RM10.36, Public Bank mendatar pada RM4.33, CIMB dan IHH Healthcare, masing-masing berkurangan tiga sen kepada RM7.98 dan RM7.16 manakala Tenaga Nasional susut dua sen kepada RM13.74.

Bagi saham aktif, Talam Transform dan Metronic, masing-masing merosot setengah sen kepada dua sen dan 1.5 sen. Oriental Kopi berkurangan dua sen kepada 83 sen, CBH Engineering susut satu sen kepada 34.5 sen dan Harvest Miracle tidak berubah pada 18 sen.

Dalam pasaran secara menyeluruh, Indeks FBM Emas merosot 47.80 mata kepada 11,987.79, Indeks FBMT 100 susut 45.79 mata kepada 11,679.73 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 50.48 mata kepada 11,864.40.

Indeks FBM ACE berkurangan 12.84 mata kepada 5,197.69 manakala Indeks FBM 70 susut 109.25 mata kepada 17,797.10.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 40.43 mata kepada 18,856.06, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.82 mata kepada 167.87, Indeks Perladangan susut 11.84 mata kepada 7,407.61 dan Indeks Tenaga turun 5.29 mata kepada 832.77.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakutenWall Street
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Melantun, Akhiri Penyusutan Dua Hari

3 days ago
Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka
Market Update

Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 week ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In