fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham Pilihan Hari Ini: Malaysian Resources Corp ($MRCB)

in Catalyst, Market Update, Trading Idea
A A
Saham Pilihan Hari Ini: Malaysian Resources Corp ($MRCB)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp
  • Saranan BELI
  • Harga sasar (TP) RM0.86 dikekalkan, dengan harga saham berpotensi menaik 65%
  • Kadar hasil dividen kira-kira 2%
  • Profil Syarikat

MRCB terbabit dalam pembinaan (kepakaran khusus dalam projek alam sekitar), pembangunan dan pelaburan hartanah, dan operasi jalan raya bertol. Ia juga dikenali dengan pembangunan berteraskan transit, seperti Kuala Lumpur Sentral, Bukit Jalil City, Kwasa Damansara, dan Penang Sentral.

Malaysian Resources Corp menandatangani sebuah Memorandum Perjanjian (MOA) dengan Ipoh Sentral SB untuk merasmikan kerjasama bagi membangunkan bangunan berorientasikan transit (TOD) bernama Ipoh Sentral. Kami memandang baik akan pembangunan ini kerana ia merupakan tambahan kepada portfolio MRC dalam projek-projek TOD seperti KL Sentral, PJ Sentral dan Penang Sentral.

  • Latar belakang projek

Projek Ipoh Sentral ini merangkumi pembangunan tanah (kira-kira seluas 67 ekar) yang terletak berhampiran stesen kereta api Ipoh. Pembinaan ini akan berlangsung secara berfasa selama kira-kira 20 tahun dan proses perancangan dijangka bermula pada tahun 2025. Nilai pembangunan kasar (GDV) untuk Ipoh Sentral ini diramalkan mencecah RM6.3bn dengan fasa pertama (2.6 hektar) melibatkan kerja menambah baik bahagian landskap dan rekreasi, sambil memulihara unsur khazanah dan budaya. Untuk fasa kedua pula (24.7 hektar), kerja pembinaan akan melibatkan bangunan pangsapuri perkhidmatan, pejabat, ruang komersial dan hotel.

Berkaitan

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

  • Kesalinghubungan lebih baik

Kami berpendapat bahawa projek Ipoh Sentral mungkin akan mempertingkatkan tahap kesalinghubungan perjalanan di Ipoh kerana ia terletak dalam jarak 6km dari titik-titik capaian utama lain, khususnya Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, laluan utara Lebuhraya Utara-Selatan, terminal bas Medan KIDD dan stesen Keretapi Tanah Melayu Ipoh. Pemaju-pemaju utama seperti Sunway (SWB MK, BELI, TP: MYR5.75) mungkin menerima manfaat secara tidak langsung kerana ia telah memperuntukan dana tambahan berjumlah RM4bn untuk memperluas kawasan perbandaran Sunway City Ipoh berkeluasan 1350 ekar miliknya di Tambun. Pembangunan pusat pengangkutan bersepadu di Ipoh ini mungkin akan melonjakkan lagi minat bakal pembeli hartanah untuk menerokai peluang yang ada di Ipoh.

  • Ipoh Sentral mungkin jadi daya penarik bagi pelabur asing/tempatan yang berminat

untuk mencari peluang pelaburan di Perak atau di Ipoh khususnya. Taman-taman perindustrian seperti cadangan Taman Teknologi Lembah Perak (boleh dicapai dalam masa 40 minit pemanduan dari bandar Ipoh) mungkin akan mendapat kelebihan daripada jaraknya yang dekat dengan Ipoh Sentral dengan menarik pekerja mahir dari negeri-negeri lain.

  • Tiada pindaan dibuat pada anggaran

sementara menunggu butiran lanjut mengenai perjanjian dan syarat-syarat duluan untuk MOA tersebut yang perlu dipenuhi dalam tempoh dua bulan dari tarikh pemeteraian MOA atau apa jua pelanjutan tempoh yang dipersetujui secara bersama oleh pihak-pihak terlibat. Oleh itu, TP RM0.86 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 4% juga diambil dalam penilaian TP kami. Nilai saham kelihatan murah kerana saham ini sekarang diniagakan pada P/E 27x untuk FY25F, atau -0.5SD daripada purata lima tahunnya.

  • Pengunduran MRCB Dari Berjaya Rail

Dalam hal berasingan, kami yakin pengunduran MRCB daripada syarikat konsortium yang dikepalai oleh Berjaya Rail untuk Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura akan membolehkan kumpulan ini memberikan perhatian lebih pada projek-projek sedia ada dan yang akan datang. Hal ini termasuklah pembinaan semula KL Sentral dan kompleks sukan Shah Alam (>RM1bn secara keseluruhannya), Bukit Jalil Sentral (potensi GDV jangka panjang >RM10bn) dan pembinaan semula lima stesen untuk Transit Aliran Ringan 3 (kira-kira RM2bn) yang mungkin terus menarik ramai pihak untuk melabur dalam saham ini.

  • Risiko utama

Pasaran hartanah berdepan kelembapan dan pelancaran projek lambat.

  • Faktor pemacu utama
  • Jualan hartanah baharu, pelupusan aset, kontrak pembinaan baharu
  • Risiko utama
  • Risiko negatif utama termasuk pasaran hartanah mengalami kemerosotan dan pelancaran projek yang perlahan.
Gambar: Konzepte

Baca laporan analisis penuh: Malaysian Resources Corp : Memperluas Jejak TOD Di Negeri Perak; Kekal BELI (24 Jan 2025)

Laporan Sebelumnya: Malaysian Resources Corp : Stronger Contribution From Construction; BUY (28 Nov 2024)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Malaysian Resources Corp : Expanding TOD Footprint In The Silver State; Still BUY
(24 Jan 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

  • Panduan RHB untuk Penarafan Pelaburan
  • Beli: Harga saham mungkin melebihi 10% dalam 12 bulan seterusnya
  • Beli Jangka Pendek: Harga saham mungkin melebihi 15% dalam 3 bulan seterusnya, tetapi prospek jangka panjang kekal tidak menentu.
  • Neutral: Harga saham mungkin jatuh dalam julat +/-10% dalam 12 bulan
  • Ambil Untung : Harga sasar sudah tercapai. Sedia untuk kumpul pada aras lebih rendah.
  • Jual: Harga saham mungkin jatuh lebih daripada 10% dalam 12 bulan seterusnya
  • Tiada saranan: Saham di luar lingkungan kajian biasa

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaIpoh SentralMRCBtrading idea
Share230ShareSend

Related Posts

AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

13 hours ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

13 hours ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

18 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

20 hours ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In