• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

KWAP Serah Projek Penggantian Sistem Perakaunan Kepada Unit Censof

in Catalyst
A A
KWAP Serah Projek Penggantian Sistem Perakaunan Kepada Unit Censof
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) — Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menyerahkan kontrak bernilai RM4.27 juta kepada anak syarikat Censof Holdings Bhd, Century Software (Malaysia) Sdn Bhd bagi menggantikan sistem perakaunannya kepada sistem baharu.

Censof dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, sistem yang lebih dikenali sebagai sistem rancangan sumber kerajaan (GRP) itu akan dibangunkan dalam tempoh 12 bulan.

“(Ini akan diikuti dengan) tempoh jaminan selama 12 bulan bagi memastikan fungsi sistem berjalan dengan lancar dan menyediakan sokongan berterusan untuk sistem serta langganan tahunan dalam tempoh empat tahun.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Pelaksanaan sistem GRP baharu bernilai RM4.3 juta ini bertujuan memindahkan infrastruktur dari sistem berasaskan premis kepada sistem berasaskan awan,” kata syarikat teknologi tersebut.

Ia berkata, peralihan berkenaan akan meningkatkan kecekapan operasi, kapasiti untuk berubah saiz atau skala dan kebolehcapaian, sekali gus membolehkan proses yang lebih teratur selain meningkatkan fleksibiliti untuk menyesuaikan diri dengan keperluan perniagaan yang semakin berkembang.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Censof Ameer Shaik Mydin berkata keputusan strategik KWAP untuk menaik taraf sistem perakaunannya kepada sistem GRP menunjukkan komitmen proaktif untuk memanfaatkan teknologi moden dalam meningkatkan kecekapan operasi, memperbaiki ketepatan laporan kewangan dan mengukuhkan ketelusan.

“Ini seiring dengan matlamat transformasi digital moden. Secara asasnya, pemilihan ini menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi pasukan untuk memberikan kerja berkualiti tinggi selain kebolehan terbukti untuk membangunkan penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan unik institusi terkemuka seperti KWAP,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Censof HoldingsKWAPsistem GRPteknologi
Share233ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In