• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Westports Catat Keuntungan Bersih Lebih Tinggi Sebanyak RM897.98 Juta

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) — Keuntungan bersih Westports Holdings Bhd meningkat kepada RM897.98 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 berbanding RM779.43 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. 

Pendapatan menokok kepada RM2.34 bilion daripada RM2.15 bilion.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Wesports melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata ia telah mencapai angka pendapatan tertingginya sebanyak RM2.34 bilion, dipacu oleh volum kontena yang memecahkan rekod sebanyak 10.98 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU).

“Tahun tersebut berakhir dengan syarikat mengendalikan satu lagi rekod bulanan baharu sebanyak 1.01 juta TEU pada Disember 2024,” katanya.

Dengan pencapaian rekod keuntungan bersih sepanjang masa sebanyak RM897.98 juta, jumlah dividen yang akan diagihkan kepada para pemegang saham bagi tahun kewangan 2024 juga akan mencapai rekod baharu sebanyak RM673.48 juta.

Lembaga pengarahnya telah meluluskan dividen interim satu peringkat kedua sebanyak 10.86 sen sesaham untuk tahun kewangan 2024, berjumlah RM370.33 juta, yang akan dibayar menjelang 21 Feb 2025. 

Bagi suku keempat tahun kewangan 2024, syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih yang lebih baik pada paras RM256.65 juta berbanding RM206.08 juta yang disaksikan dalam tempoh yang sama semasa tahun kewangan 2023, didorong oleh peningkatan dalam hasil kontena dan keuntungan kasar yang lebih tinggi .  

Hasil turut melonjak kepada RM675.43 juta daripada RM554.06 juta sebelumnya. 

Westports ketika mengulas mengenai unjuran berkata ia menjangkakan pertumbuhan volum kontena satu digit yang rendah untuk tempoh kewangan seterusnya.

“Manakala ketegangan di Timur Tengah kekal tinggi, pentadbiran baru Amerika Syarikat pula sedang mengalihkan fokus yang lebih lokal dan pertumbuhan di banyak negara maju masih perlahan,” katanya.

Ia berpendapat perdagangan Intra-Asia kekal sebagai pemacu volum utama kumpulan memandangkan ia merupakan pelabuhan pintu masuk terbesar Malaysia.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Westports
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In