fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan

in Asas Saham
A A
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) — Penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT) perusahaan TechStore Bhd menyasar meraih RM25 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE pada 18 Feb, 2025.

Pengarah urusannya, Eugene Tan Hock Lim berkata sejak ditubuhkan hampir 14 tahun lepas, syarikat itu merancang untuk berkembang menerusi hasil daripada IPO.

“Kami mempunyai pelbagai sebab untuk mengembangkan syarikat seperti membuka cawangan, mengambul lebih ramai pekerja dan membeli jentera.

Berkaitan

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad

“Jadi, ini merupakan apa yang kami perlu lakukan kerana yakin dengan bekerja keras kami akan memperoleh keputusan yang baik,” katanya pada sidang media susulan pelancaran prospektus syarikat itu, di sini, hari ini.

Menurut prospektus tersebut, daripada RM25 juta hasil itu, RM11.5 juta akan diperuntukkan sebagai modal kerja bagi menyokong projek pada masa depan dan kos berkaitan pekerja, RM5.0 juta bagi membayar pinjaman bank dan RM2.7 juta bagi pengambilan kakitangan pembangunan perniagaan.

Sementara, RM2.3 juta akan diperuntukkan bagi perbelanjaan modal membeli peralatan, komputer, perkakasan, perisian IT dan membuka pejabat cawangan baharu di Johor Bahru, manakala baki RM3.5 juta akan digunakan untuk membiayai kos penyenaraian.

Menerusi satu kenyataan Tan berkata syarikat itu mengkhususkan dalam perkhidmatan IT perusahaan  terutama dalam sektor pengangkutan.

“Pembabitan kami dalam dua daripada tiga laluan LRT di Lembah Klang, sumbangan dalam laluan pertama MRT di Malaysia dan penyertaan dalam projek RTS Link Singapura-Malaysia membuka peluang kepada projek baharu.

“Ketika kami mengorak langkah kehadapan, kami percaya hasil daripada IPO mampu menjadi pemangkin untuk mengukuhkan kehadiran kami dalam pasaran dan memacu pertumbuhan masa depan,” katanya.

TechStore berkata syarikat itu akan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM100.0 juta selepas penyenaraian berdasarkan modal saham terbitan yang diperbesarkan sebanyak 500.0 juta sesaham dan harga IPO 20 sen sesaham.

“Pelaksanaan IPO kumpulan terdiri daripada terbitan 125.0 juta saham biasa baharu dalam TechStore, membentuk 25.0 peratus daripada modal saham diperbesarkan kumpulan.

“Selain itu, tawaran saham persendirian akan dilaksanakan bagi tawaran jualan 25.0 juta saham sedia ada, bersamaan 5.0 peratus saham diperbesarkan,” kata syarikat itu.

Daripada 125.0 juta saham baharu, 25.0 juta saham akan diperuntukkan kepada orang awam Malaysia menerusi undian saham, 25.0 juta saham kepada pengarah yang layak, kakitangan dan individu yang menyumbang kepada kejayaan TechStore.

Sementara itu, 62.5 juta saham akan ditawarkan menerusi tawaran saham persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), manakala baki 12.5 juta saham akan ditawarkan secara tawaran saham persendirian kepada pelabur terpilih.

Setakat 31 Dis, 2024, kumpulan itu mempunyai 11 projek yang sedang dibangunkan, nilai perolehan kontrak belum dibil RM104.7 juta dan nilai tender lebih kukuh sebanyak RM647.2 juta.

Permohonan bagi IPO bermula hari ini dan akan ditutup pada 5 petang, 4 Feb, 2025.

M&A Securities adalah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen tawaran saham.

— BERNAMA

Tags: Eugene Tan Hock LimIPOProspektusTechStore Bhd
Share220ShareSend

Related Posts

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

3 days ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

4 days ago
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Asas Saham

10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad

1 week ago
ASM Automation Disenaraikan Pada Harga 17 Sen Hari Ini, Sama Dengan Harga Tawaran IPO
Asas Saham

ASM Automation Disenaraikan Pada Harga 17 Sen Hari Ini, Sama Dengan Harga Tawaran IPO

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In