- Saranan BELI dikekalkan
- Harga sasar (TP) baharu RM2.30 daripada RM2.65, harga saham berpotensi menaik 70% dan kadar hasil dividen sekitar 13% untuk FY25F (Apr)

- Profil Syarikat
Bermaz Auto terbabit dalam pengedaran, pemasangan, penjualan dan juga penyediaan perkhidmatan selepas jualan bagi kenderaan Mazda di Malaysia. Kumpulan ini juga mengedarkan kenderaan Mazda yang dipasang tempatan secara domestik dan mengeksport kenderaan Mazda yang dipasang tempatan. Anak syarikatnya Bermaz Auto Philippines mengedarkan kenderaan Mazda di Filipina.
Kemasukan jenama-jenama dari China yang membanjiri pasaran automotif tempatan telah menyebabkan timbulnya persaingan yang sengit. Walaupun jenama-jenama bawah naungan Bermaz Auto terdedah pada perang harga ini, kami berpendapat penilaiannya murah apabila diniagakan pada 6.2x sekarang, iaitu bawah paras purata lalunya. Tambahan lagi, kadar dividen $BAUTO yang melepasi purata sektor sebanyak kira-kira 13% masih tampak menarik.

- Jumlah jualan Mazda menurun tatkala persaingan sengit
Pada CY24, Mazda menghantar tempahan sebanyak 14.8 ribu unit di Malaysia, iaitu menurun 25% YoY. Jumlah yang lebih rendah ini berpunca daripada persaingan yang kian meruncing, khususnya dalam segmen pasaran jenama bukan kebangsaan, kerana pengeluar-pengeluar kereta China semakin menguasai pasaran automotif tempatan. Hal ini terbukti oleh penguasaan bahagian pasaran Mazda yang berkurang menjadi 1.8% pada 2024 (berbanding 2.4% pada 2023). Jenama utama yang merampas bahagian pasaran ialah Chery, yang berjaya menguasai sebanyak 2.4% dan menjadi jenama bukan kebangsaan yang paling terkenal selepas Toyota dan Honda pada 2024.
- KIA dijangka melakar pemulihan?
Prestasi KIA pada 2024 jatuh pada kadar lebih besar iaitu 45% YoY. Di samping dinamik pasaran yang terus-menerus sengit, penamatan subsidi diesel yang dilaksanakan pada bulan Mei lalu juga menjejaskan prestasi jualan KIA, terutamanya bagi model Carnival keluarannya yang menggunakan diesel. Walau bagaimanapun, ia melancarkan model KIA Sportage pada bulan Disember dengan harga yang agak murah berbanding pasaran. Dengan lingkungan harga RM147-RM187 ribu, kami berpendapat model ini akan mencatat jumlah jualan yang besar. Namun begitu, oleh sebab pelancaran ini dibuat lebih lambat berbanding dengan jangkaan kami, kesan ketara terhadap perolehan dijangka hanya akan dilihat pada FY26F.
- Menembusi pasaran kenderaan elektrik (EV) dengan jenama-jenama baharu
Bermaz juga mengembangkan barisan kenderaannya dalam pasaran EV menerusi hak pengedaran baharu bagi dua jenama China iaitu Xpeng dan Deepal. Xpeng, yang dilancarkan pada bulan Ogos, berjaya menjual kira-kira 400 unit model G6 pada 2024, dan kebanyakannya dihantar pada 4QCY24. Sebaliknya, Deepal akan muncul dalam pasaran tempatan pada 2HCY25 dengan model SUV S07. Walaupun begitu, oleh sebab pasaran EV masih tidak begitu meluas, di samping catatan kadar tempahan sekitar 100 unit sebulan oleh XPeng, kami berpendapat jenama-jenama EV ini tidak akan memberi sumbangan besar kepada perolehan BAUTO.
- Saranan BELI kekal dengan TP baharu mencecah MYR2.30
Kami akui adanya risiko pembeli-pembeli yang mementingkan harga beralih ke jenama-jenama lebih murah, namun kami berpendapat bahawa pendekatan terbalik yang diambil oleh $BAUTO dengan mengekalkan harganya akan membantu mengekalkan tarikan jenama ini dalam pasaran kereta terpakai. Keseluruhannya, kami merendahkan ramalan FY25F-FY27F sebanyak 11-14% apabila kami memotong ramalan jumlah jualan KIA dan meningkatkan andaian belanja mengurus, memandangkan anggaran kami sebelum ini terlalu positif. Andaian jumlah jualan Mazda kami dikekalkan kerana jumlah sepanjang 8MFY25 menepati ramalan FY25F kami. TP kami diperoleh berdasarkan P/E CY25F10x, dan kami memberikan premium ESG 4% berdasarkan markah ESG-nya iaitu 3.2. Harga saham telah menjunam 42% sepanjang 12 bulan lalu akibat persaingan sengit, dan kami berpandangan jualan saham dibuat secara berlebihan. Hasilnya, penilaian $BAUTO sekarang tampak amat menarik manakala kadar dividennya 13% masih mantap.

- Asas penilaian: P/E 10x CY25F
- Faktor pemacu utama
- i. Pertumbuhan kukuh di Filipina;
- ii. Perbelanjaan pengguna lebih tinggi daripada yang dijangka;
- iii. Pelancaran model baharu.
- Risiko utama
- i. Pergerakan FX merugikan;
- ii. Gangguan dalam perancangan produk;
- iii. Perbelanjaan pengguna lemah;
- iv. Persaingan harga yang berterusan dalam segmen jenama bukan kebangsaan.



Baca laporan analisis penuh: Bermaz Auto : Tawaran Hebat Ketika Persaingan Sengit; Kekal BELI (22 Jan 2025)
Laporan Sebelumnya: Bermaz Auto : Penilaian Murah Meskipun Perolehan Tersasar; BELI (13 Dis 2024)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Bermaz Auto : A Great Bargain Amidst Fierce Competition; Still BUY (22 Jan
2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.
Penganalisis:
Syahril Hanafiah +603 2302 8131([email protected])
- Panduan RHB untuk Penarafan Pelaburan
- Beli: Harga saham mungkin melebihi 10% dalam 12 bulan seterusnya
- Beli Jangka Pendek: Harga saham mungkin melebihi 15% dalam 3 bulan seterusnya, tetapi prospek jangka panjang kekal tidak menentu.
- Neutral: Harga saham mungkin jatuh dalam julat +/-10% dalam 12 bulan
- Ambil Untung : Harga sasar sudah tercapai. Sedia untuk kumpul pada aras lebih rendah.
- Jual: Harga saham mungkin jatuh lebih daripada 10% dalam 12 bulan seterusnya
- Tiada saranan: Saham di luar lingkungan kajian biasa
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
Daftar berdua dan dapatkan akses secara percuma!!!