- Senarai Saham Pilihan Utama: Mr DIY Group, Farm Fresh, Focus Point dan Guan Chong
- Saranan: Neutral (Kekal)

- Senarai Saham Pilihan Utama: Mr DIY Group, Farm Fresh, Focus Point dan Guan Chong
Mengikut jangkaan kami, perbelanjaan pengguna akan disokong oleh pasaran pekerjaan yang kukuh dan bantuan berterusan daripada pihak kerajaan
untuk golongan berpendapatan lebih rendah (menerusi agihan tunai dan subsidi). Namun begitu, sentimen pengguna mungkin akan terus lemah apabila terjejas oleh tekanan inflasi yang kian meninggi, kerana paras pendapatan akan mengambil masa untuk mengejar kenaikan kos sara hidup. Hal ini akan menyebabkan para pengguna yang gusar akan inflasi untuk berjimat cermat dengan memilih barangan yang lebih murah, menjadi lebih peka terhadap harga dan mencari nilai yang lebih berbaloi, lalu mengehadkan perbelanjaan bukan keperluan.
Kami memilih syarikat-syarikat yang mendapat manfaat daripada permintaan yang kukuh. Hal ini memberikan mereka kuasa penetapan harga bagi membendung kenaikan kos operasi yang diakibatkan oleh gaji minimum lebih tinggi. MR DIY Group akan menjadi syarikat proksi utama bagi menggarap kenaikan perbelanjaan pengguna, memandangkan golongan yang menerima manfaat daripada faktor penggalak sektor yang disebut di atas termasuk dalam kelompok pelanggannya.
Kami menyukai Farm Fresh berdasarkan pertumbuhan pendapatan kasarnya yang berterusan, dan seterusnya diperkukuh oleh pelancaran barangan baharu dan pelbagai pelan pengembangan. Pertumbuhan margin Farm Fresh sepatutnya dapat dikekalkan berikutan kos input yang semakin rendah dan kadar FX lebih menguntungkan.
Kami turut mengetengahkan Focus Point atas sebab pertumbuhannya yang tertinggi dalam sektor dalam perniagaan cermin mata. Perkara ini didorong oleh lebih ramai orang yang menghidap rabun jauh, peningkatan jualan pelanggan korporat dan strategi pemasaran yang berkesan. Kaunter ini diniagakan pada P/E berdigit tunggal yang menarik, selain menawarkan kadar hasil dividen >5%, dengan sokongan aliran tunai yang mantap dan kunci kirakira yang kukuh.
Selain itu, kami juga tetap optimis akan prospek perolehan cemerlang yang dicatatkan Guan Chong mulai 4Q24F, disokong oleh jualan hadapan pada nisbah yang menguntungkan dan jumlah pengeluaran yang kembali normal. P/E semasanya iaitu 6-7x dilihat menarik bagi syarikat pengisaran koko terbesar di Asia, dengan sokongan pertumbuhan perolehan yang teguh.
- Keadaan Mungkin Pulih Pada 2025F
Pendapatan boleh belanja dijangka menaik pada 2025F disebabkan oleh kenaikan gaji dalam sektor awam dan juga sektor swasta. Penjawat awam akan menerima kenaikan gaji sebanyak 4-8% berkuat kuasa pada Dis 2024, manakala gaji minimum bulanan akan meningkat daripada MYR1,500 kepada MYR1,700 (+13%) mulai Feb 2025. Tambahan itu, agihan tunai yang lebih besar (+30%, hingga RM13bn) untuk 2025F seharusnya menyokong para pengguna untuk menampung kos sara hidup. Momentum positif yang dilihat pada ketibaan pelancong juga menjadi manfaat buat sektor ini – khususnya bagi syarikat-syarikat jualan runcit pengguna – sementara kenaikan harga CPO patut mendorong perbelanjaan pengguna di kawasan desa.
Sementara itu, bagi syarikat-syarikat perniagaan pengguna, nilai RM yang lebih kukuh dan juga harga komoditi yang lebih menguntungkan dan stabil sepatutnya membantu melindungi margin untung mereka. Meskipun begitu, kesan inflasi mungkin timbul daripada langkah pewajaran subsidi petrol bersasar masih belum dilihat, dan kami sedang menunggu penjelasan lanjut mengenai kaedah pelaksanaannya.
Risiko
Risiko negatif terhadap wajaran sektor kami melibatkan langkah pewajaran subsidi yang mengakibatkan inflasi lebih tinggi, dan kemerosotan ekonomi dunia.


- Pastikan semak saham yang patuh syariah sebelum membuat keputusan pelaburan.
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.
Baca laporan analisis penuh: Barangan Pengguna : Keadaan Bertambah Baik Pada 2025F (22 Jan 2025)
Laporan Sebelumnya: Barangan Pengguna : Seluruh Perhatian Terarah Pada Belanjawan 2025 (26 Sep 2024)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Consumer Products : Improving Environment In 2025F (22 Jan 2025)
Penganalisis:
Soong Wei Siang +603 2302 8130 ([email protected])
Tai Yu Jie +603 2302 8132 ([email protected])
- Panduan RHB untuk Penarafan Pelaburan
- Beli: Harga saham mungkin melebihi 10% dalam 12 bulan seterusnya
- Beli Jangka Pendek: Harga saham mungkin melebihi 15% dalam 3 bulan seterusnya, tetapi prospek jangka panjang kekal tidak menentu.
- Neutral: Harga saham mungkin jatuh dalam julat +/-10% dalam 12 bulan
- Ambil Untung : Harga sasar sudah tercapai. Sedia untuk kumpul pada aras lebih rendah.
- Jual: Harga saham mungkin jatuh lebih daripada 10% dalam 12 bulan seterusnya
- Tiada saranan: Saham di luar lingkungan kajian biasa
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
Daftar berdua dan dapatkan akses secara percuma!!!