fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham Pilihan Hari Ini: Datasonic Group ($DSONIC)

in Catalyst, Market Update, Trading Idea
A A
Datasonic Akan Pertingkat Pengeluaran Halaman Data Polikarbonat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp
  • Saranan BELI dikekalkan
  • Harga sasar (TP) baharu mencecah MYR0.61 daripada MYR0.68, harga saham berpotensi menaik 53% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY26F (Mac).
  • Profil Syarikat


Datasonic terlibat dalam penyediaan penyelesaian ICT yang terdiri daripada perkhidmatan pemperibadian kad pintar, penyesuaian bagi penyelesaian ICT kerajaan berskala besar, pengurusan projek dan perkhidmatan rundingan teknikal.

Kami memandang baik akan pelanjutan kontrak berkaitan pasport dan perkhidmatan penyelenggaraan menyeluruh untuk sistem imej Pengecaman Muka Langsung (FLC) bernilai MYR156.8j yang diterima daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Tawaran kontrak-kontrak ini sudahpun dijangkakan dan menjadi bukti tuntas kepada kualiti produk dan perkhidmatan yang kumpulan ini sediakan sepanjang sedekad lalu dalam pelbagai jenis projek bermisi penting.

  • Pelanjutan kontrak untuk penyelesaian bekalan e-Pasport

DSONIC menerima tawaran pelanjutan kontrak daripada pihak KDN untuk membekalkan dokumen pasport Malaysia dan helaian biodata polikarbonat dengan nilai had kontrak ketiga tambahan bernilai MYR150.5j. Kontrak ini dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi mulai 1 Dis 2024 hingga 30 Nov 2025. Kami difahamkan bahawa cadangan untuk menyediakan penyelesaian pasport dengan versi lebih baik dan penggunaan sistem cetakan baharu masih sedang diperhalusi.

Berkaitan

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

  • Kontrak perkhidmatan penyelenggaraan sistem imej FLC

Dalam hal berasingan, DSONIC berjaya memenangi kontrak perkhidmatan penyelenggaraan menyeluruh untuk sistem imej FLC daripada pihak kementerian. Kontrak ini bernilai RM6.4j dan merangkumi peralatan, perisian, dan aplikasi yang digunakan di semua pejabat Jabatan Imigresen di Malaysia yang mengeluarkan dan menerima dokumen. Kontrak ini akan berkuat kuasa selama 36 bulan mulai 25 Feb 2025 hingga 24 Feb 2028, dan tawaran kontrak ini bertepatan dengan andaian kami untuk penambahan kerja syarikat ini.

Baca lagi: Datasonic Dapat Pelanjutan Kontrak KDN Bernilai RM150.45 Juta

  • Berhasrat untuk meningkatkan buku tempahan kerja

Susulan pelanjutan kontrak yang diterima, buku tempahan semasa dilihat melebihi MYR260j. Pihak pengurusan juga tetap bertekad untuk menerokai lebih banyak projek di luar negara berikutan aspek kos yang rendah berbanding pesaing dan kualiti dokumen keselamatan yang dikeluarkan DSON. Dalam pasaran tempatan, tumpuan syarikat ini lebih terarah kepada kerja-kerja membabitkan pintu automatik imigresen dan IT.

  • Prospek

Gambaran perolehan untuk kumpulan ini kelihatan terus cerah disebabkan oleh permintaan kukuh yang terus diterima untuk pelbagai penyelesaian berkaitan kerajaan dan kenaikan margin daripada semakan harga jualan purata (ASP). Keadaan tidak menentu membabitkan harga saham semasa akibat ketiadaan pelanjutan kontrak berjangka panjang untuk kedua-dua penyelesaian berkaitan Mykad dan pasport oleh DSON, seharusnya kembali reda apabila satu lagi kontrak berjaya dilanjutkan.

  • Ramalan dan penarafan

Kami bertindak mengekalkan ramalan kerana tawaran kontrak yang diterima menetapi jangkaan yang ditetapkan. Namun begitu, TP kami direndahkan kepada RM0.61 apabila kami menganjakkan tahun asas penilaian ke FY26F pada paras P/E 20x (pada purata lima tahun). Makluman: Premium ESG 2% diambil kira dalam pengiraan TP kami kerana catatan markah ESG 3.1 oleh DSONIC yang melebihi purata negara. Kami menyukai kumpulan ini atas faktor daya saingnya yang kukuh dalam penyelesaian tujahan, kadar hasil dividen baik, penjanaan aliran tunai mantap, dan potensi kenaikan harga saham daripada tawaran projek baharu pada paras nilai menarik.

  • Risiko negatif utama

Kos input lebih mahal, tempahan kerja lebih rendah daripada jangkaan, kontrak kerja tidak dibaharui, dan perubahan dari segi dasar kerajaan.

Baca laporan analisis penuh:  Datasonic Group : Berjaya Raih Pelanjutan Kontrak Pasport; Kekal BELI (21 Jan 2025)

Laporan Sebelumnya: Datasonic Group : Kontrak Berjaya Dilanjutkan, Lebih Banyak Akan Datang; BELI (3 Dis 2024)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Datasonic Group : Passport Contracts Extension Secured; Keep BUY (21 Jan
2025)

Penganalisis: Lee Meng Horng +603 2302 8115 ([email protected])

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaDatasonicDSONICKDNpasport
Share214ShareSend

Related Posts

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut
Catalyst

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

19 hours ago
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

5 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

5 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

5 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In