• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Minat Belian Ketara, Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal

in Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia mencatat peningkatan kecil pada sesi dagangan awal Selasa, dipacu minat belian berterusan ketika Presiden Donald Trump dalam ucapan sulungnya, membisu mengenai pengumuman tarif baharu, terutamanya membabitkan China.

Pada jam 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.90 mata kepada 1,573.24 daripada 1,572.34 pada akhir dagangan semalam.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Indeks penanda aras itu memulakan urus niaga hari ini dengan menambah 2.57 mata kepada 1,574.91.  

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 154 berbanding 115 manakala 239 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,861 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 114.09 juta saham bernilai RM53.01 juta.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata Trump telah mengarahkan agensi Persekutuan negara maju itu untuk meneliti semula dasar tarif sedia ada selain hubungan dagangan secara meluas, sekali gus membayangkan pendekatan yang lebih terukur atau terancang.

“Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pasukan perdagangan Trump masih belum disahkan yang menunjukkan butiran dasar itu dalam proses dirangka. Walaupun tiada sebarang impak dalam masa terdekat, sebarang perubahan di peringkat perdagangan kekal berpotensi untuk berlaku,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tumpuan kini beralih kepada musim pelaporan korporat AS dengan keputusan awal, khususnya bank-bank utamanya memaparkan petunjuk yang positif.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan IHH kekal tidak berubah pada RM10.28 dan RM7.14, Public Bank naik dua sen kepada RM4.33, CIMB menambah satu sen kepada RM8.01 dan Tenaga Nasional turun empat sen kepada RM13.74.

Bagi saham aktif, Salutica naik satu sen kepada 30 sen, Harvest Miracle Capital turun tiga sen kepada 13.5 sen, Mah Sing Group berkurangan enam sen kepada RM1.32 manakala EA Holdings dan TWL Holdings masing-masing kekal tidak berubah pada 0.5 sen dan 2.5 sen.

Di pasaran meluas, Indeks FBM Emas naik 5.27 mata kepada 12,071.10 dan Indeks FBMT 100 meraih 4.01 mata kepada 11,691.96.

Namun, Indeks FBM Emas Shariah susut 3.56 mata kepada 11,960.61, Indeks FBM 70 turun 3.35 mata kepada 18,059.14 dan Indeks FBM ACE jatuh 2.91 mata kepada 5,191.70.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Tenaga meningkat 2.42 mata kepada 857.24 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 24.40 mata kepada 18,823.60.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.31 mata kepada 168.15 dan Indeks Perladangan meningkat 4.47 mata kepada 7,371.87.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaDonald TrumpFBM KLCI
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In