• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Datasonic Dapat Pelanjutan Kontrak KDN Bernilai RM150.45 Juta

in Catalyst
A A
Datasonic Akan Pertingkat Pengeluaran Halaman Data Polikarbonat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) — Datasonic Group Bhd telah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) membabitkan pelanjutan tempoh 12 bulan bagi kontrak sedia adanya.

Pelanjutan kontrak bagi tempoh 1 Dis, 2024 hingga 30 Nov, 2025, disertakan dengan nilai tambahan kontrak RM150.45 juta, kata kumpulan itu dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Surat berkenaan telah diterima menerusi anak syarikat milik penuhnya, Datasonic Technologies Sdn Bhd.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kontrak itu termasuk pembekalan dokumen pasport Malaysia kepada Jabatan Imigresen dan pembekalan 9.96 juta halaman biodata polikarbonat kepada jabatan berkenaan.

Datasonic berkata kontrak itu tertakluk kepada risiko perniagaan biasa, termasuk keadaan ekonomi keseluruhan, krisis pandemik, perubahan dalam peraturan kerajaan dan risiko operasi seperti peningkatan kos disebabkan peningkatan kos material dan terma kontrak berkaitan.

“Oleh itu, syarikat akan meletakkan langkah kawalan dan prosedur operasi bersesuaian bagi mengurangkan impak atau kemungkinan berlakunya kejadian sedemikian,” kata kumpulan itu.

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham Kumpulan Datasonic bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac, 2025 serta tahun kewangan selepas itu bagi tempoh kontrak.

Menurutnya, kontrak berkenaan tidak akan memberi kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham besar kumpulan Datasonic.

— BERNAMA

Tags: DatasonicKDNkontraksurat pelanjutan
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In