- Saranan BELI
- Harga sasar (TP) MYR5.83 kekal, harga saham berpotensi menaik 38% dengan kadar hasil dividen sekitar 2% untuk FY25F (Jul)

- Profil Syarikat
Gamuda sebuah syarikat pemegang pelaburan dan pembinaan kejuruteraan sivil. Melalui anak syarikatnya, Gamuda menyediakan pembinaan kerja tanah, mengilang dan membekalkan bahan permukaan jalan raya, dan mengendalikan sebuah kuari dan projek pembinaan jalan raya.
Pada pendapat kami, langkah terkini oleh kerajaan AS yang menyekat eksport cip kecerdasan buatan (AI) ke negara-negara seperti Malaysia dijangka tidak akan
begitu memberikan kesan terhadap Gamuda. Ibu pejabat bagi pelanggan-pelanggan pusat data (DC) utama GAM terletak di negara-negara Peringkat 1 seperti AS, dan mereka boleh memohon status Pengguna Akhir Sah Sejagat (UVEU), lalu membolehkan kuantiti cip AS lebih besar dibawa masuk ke negara-negara Peringkat 2 seperti Malaysia. Oleh itu, kami berpandangan penjualan saham GAMUDA baru-baru ini dibuat secara berlebihan.
- Jangkaan Projek Bernilai RM15-20 Bilion
Memandang ke hadapan, kami menjangka GAMUDA akan meraih projek bernilai RM15-20bn daripada bidang tanah seluas 389 ekar di Negeri Sembilan. Kami juga tidak menolak kemungkinan pelibatan GAMUDA dalam fasa-fasa DC akan datang bawah Taman Perniagaan Elmina, dengan kapasiti kira-kira 250MW lagi mungkin ditambah kepada sekitar 80MW yang sedang dibina untuk fasa pertama. Sekarang, hanya 6% daripada jumlah buku pesanan GAMUDA diterima daripada DC melalui tiga projek (atau 25% daripada buku pesanannya di Malaysia), manakala kerja-kerja luar negara (yang tiada DC) merangkumi 66%.
- Kerja-kerja Akan Datang Mungkin Diterima Daripada Pelanggan Dari Negara Peringkat 1
Walaupun pelanggan untuk pembangunan DC di tanah di Negeri Sembilan belum diumumkan, kami menganggap entiti tersebut berasal dari manamana negara Peringkat 1 (atau beribu pejabat di sana). Anggapan ini dibuat kerana kebanyakan (jika bukan semua) pelanggan-pelanggan DC yang ada sekarang mempunyai ibu pejabat di negara-negara Peringkat 1, maka kami membayangkan hal yang sama untuk bakal pelanggan-pelanggan yang berkaitan tender kerja DC.
- Dalam Senario Kes Terburuk
Sekiranya kerja-kerja DC baharu (anggaran nilai sekurang-kurangnya RM15bilion) mengambil pelanggan-pelanggan dari negara-negara Peringkat 1 tetapi gagal mendapatkan status UVEU, tawaran kerja GAMUDA dari luar negara dapat menutupi risiko kegagalan meraih kerja DC. Misalnya, kadar tawaran kerja 20% untuk tender kerja tenaga boleh baharu bernilai AUD25 bilion di Australia sepanjang dua tahun akan datang sudah mencukupi untuk meraih kerja bernilai AUD5 bilion (atau sekitar MYR15 bilion). Bagi kerja-kerja berkaitan landasan kereta api, GAMUDA telah disenarai pendek untuk projek bernilai kira-kira AUD4 bilion di Australia dan sedang menunggu tawaran kontrak bernilai MYR8 bilion di Taiwan dalam masa tiga tahun akan datang (Rajah 1). Jumlah nilai kerja-kerja ini akan mencecah lebih kurang MYR35 bilion – lebih dua kali ganda bagi nilai kerja DC pada sisi rendah (iaitu MYR15 bilion) yang dijangka diraih.
Sekiranya kerja-kerja bukan melibatkan DC menjadi kenyataan dan menutupi sepenuhnya sebarang kerugian yang dijangka daripada projek-projek DC; satu-satunya risiko besar ialah kegagalan untuk meningkatkan margin untung bersihnya (NPM), kerana kerja-kerja DC biasanya lebih menguntungkan.
- Tiada Pindaan Pada Anggaran Perolehan
Dengan itu, TP MYR5.83 kami yang diperoleh melalui kaedah SOP (termasuk premium ESG 8%) kekal sama. Pada hemat kami, P/E sasar gabungan bernilai 23.5x untuk bahagian pembinaan tempatan dan luar negaranya adalah wajar apabila mempertimbangkan portfolio kerja yang pelbagai. GAM diniagakan pada P/E FY26F 16.7x, yang sangat hampir dengan nilai 16x ketika fasa menaik sektor pembinaan pada tahun 2017 (dengan tiada kerja DC dan kerja luar negara pada waktu itu). Kami menganggap hal ini tidak wajar berdasarkan prospek kukuh GAM seperti yang disebut di atas.


Baca laporan analisis penuh: Gamuda : Masih Layak Diberi Perhatian; Kekal BELI (20 Jan 2025)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Gamuda : Still Deserves To Stay On The Radar; Stay BUY (20 Jan 2025)
*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.
Penganalisis:
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
Daftar berdua dan dapatkan akses secara percuma!!!