• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Peluang Tipis Untuk Trump 2.0 Batalkan Cadangan Biden Sekat Eksport Cip AI

in Catalyst
A A
Peluang Tipis Untuk Trump 2.0 Batalkan Cadangan Biden Sekat Eksport Cip AI

Gambar: Office of the Press Secretary

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) — Public Investment Bank Bhd menjangkakan peluang yang tipis untuk pentadbiran Presiden AS Donald Trump yang akan datang membatalkan sepenuhnya keputusan untuk mengenakan sekatan ke atas eksport cip kecerdasan buatan (AI) dan mengenakan had keupayaan pengkomputeran yang boleh dihantar oleh AS.

Sebelum ini, AS di bawah pentadbiran Biden minggu lalu mencadangkan rangka kerja baharu yang akan mengehadkan eksport cip AI Nvidia, yang mana ia menguasai lebih 80 peratus bahagian pasaran global.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Langkah itu adalah sebahagian daripada rancangan untuk membahagikan akses kepada kuasa pengkomputeran termaju kepada AS dan mengekalkan status dominannya dalam AI dengan mengawal pasaran bekalan, kata Public Investment Bank.

Dalam nota penyelidikan hari ini, bank pelaburan itu berkata ia melihat “peluang yang tipis” untuk membatalkan sepenuhnya keputusan berkenaan di bawah pentadbiran Trump yang akan datang.

Tetapi Trump 2.0 mungkin “berpotensi menurunkan had” untuk sekatan berkenaan sebagai pertukaran untuk syarat perdagangan yang lebih menguntungkan dengan semua rakan kongsi dagangan, katanya.

Ia juga berkata tindakan yang lebih ketat itu akan mendorong China untuk berusaha lebih keras menghasilkan cip AI sendiri pada tahun-tahun akan datang.

“China bersedia untuk membuat kemajuan yang ketara dalam keupayaan pembuatan cipnya, dengan pengeluaran peralatan litografi 28 nanometer (nm) bulan ini, satu perkembangan yang mengejutkan ramai pakar industri,” katanya.

Public Investment Bank juga berkata walaupun sekatan ketat AS dihasilkan untuk menyekat kemajuan China dalam teknologi semikonduktor, China sedang maju dengan pesat.

Walaupun peralatan litografi 28nm yang akan datang mungkin tidak secanggih mengikut piawaian global mahupun setanding dengan teknologi litografi ultraungu mendalam (DUV) dan ultraungu melampau (EUV) ASML, ia merupakan satu lonjakan yang ketara untuk industri semikonduktor China.

Dalam perkembangan terkini, penyelidik China sedang membangunkan pendekatan baharu litografi EUV, yang boleh menghasilkan cahaya EUV yang melampau dengan panjang gelombang berpusat 13.5nm, memenuhi permintaan mendesak untuk sumber cahaya EUV dalam pasaran fotolitografi, tambahnya.

Public Investment Bank berkata kebanyakan saham teknologi telah “bertindak berlebihan” terhadap kebanjiran berita-berita negatif dan ada juga yang mungkin mempunyai pendedahan terhad ke atas drama pusat data.

Ia mengekalkan saranan “Overweight” ke atas sektor teknologi dengan pilihan utamanya ialah Cloudpoint Technology Bhd dan QES Group Bhd.

— BERNAMA

Tags: AIASPublic Investment Bankteknologi
Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In