• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini.  

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.38 mata kepada 1,566.34 daripada 1,566.72 pada Jumaat lepas.  

Indeks petunjuk pasaran memulakan dagangan dengan meningkat 1.42 mata kepada 1,692.11.  

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 187 berbanding 154 manakala 305 kaunter tidak berubah, 1,731 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.  

Jumlah dagangan sebanyak 240 juta saham bernilai RM130.9 juta.  

Menurut Malacca Securities Bhd, Wall Street ditutup tinggi pada Jumaat, dengan kesemua tiga indeks utama mencatatkan kenaikan mingguan pertama bagi 2025 menjelang majlis pelantikan Trump.

“Semua perhatian akan tertumpu kepada ucapan rasmi Presiden Trump lewat hari ini,” katanya dalam nota penyelidikan.  

Katanya jangkaan perang perdagangan AS-China yang meningkat boleh memberi manfaat kepada sektor teknologi.

“Selain itu, pembangunan di peringkat negeri seperti LRT Pulau Pinang, peranan Sarawak sebagai hab tenaga serantau dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka memacu sektor pembinaan dan hartanah dalam jangka masa terdekat hingga sederhana,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank mendatar pada RM10.14, Public Bank merosot tiga sen kepada RM4.41, IHH Healthcare berkurangan dua sen kepada RM7.13 manakala CIMB menambah dua sen kepada RM8.00 dan Tenaga Nasional naik enam sen kepada RM13.66.  

Bagi saham aktif, Ingenieur dan Velesto, masing-masing menambah setengah sen kepada 5.5 sen dan 19 sen, TWL Holdings kekal mendatar pada 2.5 sen manakala CBH Engineering dan SNS Network, masing-masing merosot 1.5 sen kepada 31 sen dan 50 sen.  

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 3.62 mata kepada 12,005.21 manakala Indeks FBM Emas Shariah naik 1.89 mata kepada 11,867.56. Indeks FBMT 100 berkurangan 4.01 mata kepada 11,691.96.  

Indeks FBM 70 merosot 10.58 mata kepada 17,935.30 dan Indeks FBM ACE susut 17.60 mata kepada 5,158.66.  

Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 2.56 mata kepada 843.11 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 23.60 mata kepada 18,785.27. Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.51 mata kepada 167.16 dan Indeks Perladangan meningkat 3.58 mata kepada 7,340.02.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaDonald TrumpFBM KLCIWall Street
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In