• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Penglibatan TNB Dalam Sektor TBB Di UK Bawa Manfaat Pindahan Teknologi Malaysia – PM Anwar

in Catalyst
A A
Penglibatan TNB Dalam Sektor TBB Di UK Bawa Manfaat Pindahan Teknologi Malaysia – PM Anwar

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Makan Malam bersama TNB di London, United Kingdom pada 16 Januari 2025. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - AFIQ HAMB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

LONDON, 17 Jan (Bernama) – Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan penglibatan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB) di United Kingdom (UK) akan membawa manfaat jangka panjang yang besar kepada Malaysia, terutamanya dari segi pindahan teknologi.

Perdana Menteri menekankan bahawa Malaysia sedang giat mencari pelaburan baharu dalam sektor TBB didorong oleh pertumbuhan teguh ekonomi dan perkembangan pesat di rantau Asia Tenggara.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Dengan perubahan masa, anda menyedari bahawa kini terdapat peralihan daripada penggunaan tenaga konvensional kepada tenaga baharu, tenaga boleh diperbaharui.

“Dan TNB sebagai pemain utama telah menunjukkan prestasi yang luar biasa,” katanya pada majlis pelancaran ladang solar berkapasiti 102 Megawatt (MW) Eastfield dan Bunkers Hill TNB di sini, hari ini.

 Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan.

Dalam konteks ASEAN, Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan mengutamakan untuk meningkatkan kerjasama tenaga serantau melalui Grid Kuasa ASEAN, satu inisiatif kritikal bagi memajukan peralihan tenaga rantau ini.

“Antara langkah utama termasuklah menyepadukan grid tenaga Thai dan Laos ke dalam rangkaian ASEAN yang lebih luas dan mengeksport tenaga hidroelektrik Sarawak ke Singapura.

“Usaha ini menandakan satu langkah penting ke arah mengukuhkan jaminan tenaga dan mempercepat peralihan tenaga bersih di Selatan Global,” katanya.

Perdana Menteri berkata TNB bersama-sama pemain lain telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan penyelidikan bagi meneroka saluran baharu, khususnya dalam bidang TBB dan memuji usaha syarikat utiliti nasional itu kerana meneruskan pelaburan dalam latihan dan kepakaran.

“Skala pelaburan TNB adalah pada peringkat nasional di sini, dan sudah tentunya memerlukan usaha yang besar.

“Saya berterima kasih kepada TNB atas peranan mereka dalam pelan hala tuju peralihan tenaga,” kata beliau. 

— BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimASEANladang solarpindahan teknologiTBBtenagaTNBUK
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In