• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Gamuda Mulakan Projek 75 London Wall Bernilai RM6.6 Bilion, Raih Pinjaman RM2.75 Bilion

in Catalyst
A A
Gamuda Mulakan Projek 75 London Wall Bernilai RM6.6 Bilion, Raih Pinjaman RM2.75 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Jan  (Bernama) — Usaha Gamuda Bhd dan pelabur hartanah berpangkalan di London, Castleforge membabitkan pembangunan semula 75 London Wall di United Kingdom (UK) bernilai £1.2 bilion (£1=RM 5.50) melakar detik bermakna menerusi majlis pecah tanah serta pemeteraian kemudahan pinjaman pembangunan bernilai £500 juta (RM2.75 bilion) yang juga antara jumlah terbesar sejak beberapa tahun lepas.

Dalam kenyataannya, Gamuda yang juga kumpulan kejuruteraan, hartanah dan infrastruktur juga menyifatkan pelaburan itu sebagai membuktikan sokongan Gamuda bagi pasaran hartanah UK dan London yang dilihat sebagai destinasi strategik utama untuk pelaburan hartanah.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ketua Hal Ehwal Pelabur Kerajaan UK Gus Wiseman berkata pelaburan itu akan menjadi asas bagi melonjakkan aktiviti dagangan melibatkan industri perkhidmatan kewangan terkemuka dunia.

Pada masa sama, ia akan mewujudkan pekerjaan dalam sektor pembinaan dan kadar penghunian penuhnya akan membawa kepada penempatan lebih daripada 5,000 pekerja.

“Projek pembangunan semula seperti 75 London Wall ini penting bagi misi kerajaan untuk mencapai pertumbuhan terpantas dalam (kelompok negara Kumpulan Tujuh) G7,” kata Wiseman.

Sementara itu, Rakan Pengurusan Cheyne Real Estate merangkap Ketua Pegawai Pelaburannya Ravi Stickney berkata susulan pinjaman berjumlah £150 juta (£1=RM5.50) bagi pengambilalihan 75 London Wall pada 2023, pengurus pelaburan alternatif itu kini menghulurkan sokongan kepada Gamuda dan Castleforge menerusi pinjaman £500 juta berkenaan bagi tujuan pembangunan semula itu.

“Kami kekal komited untuk membiayai usaha penciptaan aset yang produktif serta mampan dalam menyokong pertumbuhan ekonomi UK yang pesat. 

“Pada masa sama, kami juga teruja dengan kepercayaan besar yang ditunjukkan oleh Gamuda di London,” katanya.

Sejak 2022, Gamuda telah memberi komitmen dari segi nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak £1.4 bilion kepada pasaran UK yang merangkumi aset pejabat komersial utama, hartanah kediaman dan kemudahan penginapan pelajar (PBSA).

Namun, projek 75 London Wall merupakan pelaburan terbesar Gamuda di UK setakat ini.

Lokasi itu menerima kelulusan perancangan penuh pada Jun 2024 dan disusuli dengan permulaan pembangunannya.

Malah, pembangunan semula sepenuhnya yang dijangka pada 2027 akan menyerlahkan 75 London Wall sebagai pejabat mampan gred A dengan kawasan boleh sewa bersih seluas lebih 450,000 kaki persegi dengan piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) terbaik.

“Pengambilalihan kami ke atas bangunan ini pada 2023 berasaskan hasrat mewujudkan ruang pejabat gred tinggi yang berkualiti dalam pasaran hartanah.

“Syarikat-syarikat multinasional (MNC) misalnya tertarik ke London yang juga pusat ekonomi Britain dan lokasi yang menempatkan sebahagian besar eksport utamanya iaitu perkhidmatan global,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Datuk Lin Yun Ling.

Keadaan itu, katanya, mendorong lonjakan permintaan untuk pejabat premium selain kaitan tempat kerja berkualiti dengan produktiviti yang lebih tinggi.

Bersandarkan penawaran terhad bagi ruang ESG terbaik dalam kelas itu, pertumbuhan sewa kekal kukuh, menjadikan 75 London Wall sebagai pelaburan yang lebih menonjol, kata Lin.

Piawaian ESG termasuk Metodologi Penilaian Alam Sekitar Pertubuhan Penyelidikan Bangunan (BREEAM) “Cemerlang,” dan “Well Core Platinum,” katanya.

Pembangunan semula 75 London Wall itu akan menyaksikan transformasi bangunan terbabit kepada sebuah hab komersial mampan di salah satu daerah perniagaan dunia yang paling kompetitif.

Tingkat bawahnya akan mengetengahkan barisan unit-unit komersial baharu berserta ruang forum budaya bagi penganjuran acara, persembahan, pengucapan awam selain ruang hijau terbuka.

Ini turut dilengkapi dengan komitmen Castleforge untuk menyampaikan ruang kerja terbaik dalam kelasnya yang mengutamakan kemampanan dan kesejahteraan penyewa dengan penetapan piawaian baharu bagi penggunaan semula bangunan pejabat yang adaptif di kawasan City of London.

— BERNAMA

Tags: CastleforgeGamudapelaburan hartanah
Share227ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In